Saturday 20 September 2014

PENGALAMAN BERMUSAFIR KE HO CHI MINH 27-29 OGOS 2014 (PART 2)

Assalamualaikum frens….entry ini adalah sambungan kepada entry sebelumnya. pertama-tama sekali nak bagitau pada all of you…bila aku tulis “tunggu sambungannya esok..” bermaksud not immediately the next day, it could be 2 or 3 days after the first entry heheh…gitulah adanya..kalau dalam term legal dipanggil sebagai ‘escape clause’ betul tak Cik Legal? Okeh…Cik Legal, kengkawan dalam bulatan gembira, pengikut setia, adik-adik dan anak2 diluar sana…moh ikuti sambungan entrinya….


Sambungan 11-15 Ogos 2014

Untuk makluman kengkawan sekelian, kami dah berjanji dengan mak tahun lalu yang satu hari nanti dalam tahun ni nak bawa mak jenjalan gi Ho Chi Minh dan Bandung. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan dah tukar ke tahun…masih tak cukup sen lagi nak book tiket nak bawa Mak gi jenjalan…ye lah apa idaknya baru duit nak berbukit anak yang no 2, 4 & 5 dapat masuk kolej dan sekolah tahfiz…begitulah …keperluan anak2 memang diutamakan berbanding dengan kehendak diri….Apapun Mak selalu berpesan jangan lupa berdoa pada Allah setiap kali lepas solat supaya diberikan kelapangan masa dan kelimpahan rezeki untuk dapat bermusafir ke pelusuk dunia bagi menghayati dunia ciptaanNYA.

Okeh…pada satu hari yang biasa-biasa jer..masa Mak ada kat umah aku di JB nih….en. Hubby pun break the news to Mak….Mak terkezut dan tanya bila tarikh berlepas and all that…en. Hubby and I bagitau kat Mak….ni kite pegi sebab  orang sponsor tiket so kita gi ni untuk reki tempat bagi pihak Mak dulu hehhee…Mak seronok dengar cuma dia risaukan cucunya nanti tinggal dengan siapa…. Hmm..untuk makluman you alls…anak-anak kami semuanya dah biasa tinggal sesame depa je kat umah…tapi kali ni Mak risau ckit sebab yang paling tua yang akan tinggal kat umah tu umur 12 tahun and yang paling kecik umur 7 tahun. JAdi untuk mengurangkan kerisauan Mak, aku pun inform jiran sebelah kiri (Faizah) dan dia offer supaya anak-anak tidur dirumahnya pada sebelah malam. Lepas tu inform jiran sebelah kanan (kak Non)..dia akan pastikan anak-anak ada breakfast dan makan tengahari katanya…. Alhamdulillah! Inilah nikmat hidup berjiran…

Malam tu…selepas solat Maghrib berjemaah dirumah, en Hubby bagi tahu anak-anak (semuanya ada…cukup korum) tentang percutian ini dan mereka semua excited…ada yang kata ‘Nak ikut!!’ (yang kecik skali…walaupun abahnya dah kata gi dua orang jer)…En. Hubby kata “ Abah & Mama gi Ho Chi Minh 2 minggu lagi….abah mama gi dua orang dulu…anak2 doakan Allah lapangkan rezeki kita so kita boleh gi sama-sama. Okeh?” Mereka dapat terima dengan baik (terutama sekali the first four) apabila kami bagi tau yang trip ni adlah trip bukan saja untuk melihat negara orang bahkan untuk mencari ruang dan peluang perniagaan yang boleh dibawa masuk ke Malaysia. Vietnam ni negara kedua selepas China untuk kaki borong…
Selesai sudah…

27 Ogos 2014


Pukul 4.00 pagi dah bangun untuk bersiap-siap. Luggage bawa satu jer …sebabnya memang dah plan dari awal yang kami tak nak bawa baju banyak…waktu pi takde drop in baggage….kita cuma add 20 kg seorang waktu balik nanti. Gedebak –gedebuk dah pukul 5.15 pagi….apalagi  en.Hubby kata ok tayar golek kul 5.20 pagi..Selepas berpesan2 pada anak2 yang tinggal kami pun bertolaklah ke Airport Senai ni…..Flight kul 7.15 pagi ngan Airasia. En. Hubby drop kita kat depan pintu masuk airport and dia pun pi parking kereta kat Masjid  kat ngan airport tu…

Usai  solat  subuh kul 6.25 pagi , kami pun menunggu untuk board the flight. Lebih kurang kul 6. 40 pagi Flight AK6XX pun dipanggil…bermulalah pengembaraan kami ke HCM….




Setelah  lebih kurang hampir 2 jam kami pun sampai dilapangan terbang Tan Son Nhat..Jam di Vietnam menunjukkan pukul 8.30 pagi.






First thing, lepas melepasi check point kastam sana, kitaorang gi cari kedai jual simkad dulu...usha punya usha banyak booth telecommunication rasanya nilah yang paling reliable VINAPHONE...apalagi pi beli simkad untuk wat call jer dengan harga lebihkurang 130000 VND (RM20 hinggit ler lebih kurang). Next, we moved on to find a reliable taxi.....hasil dari dapatan bacaan blog2 yang dah senior dalam bab2 merantau nih...kami pun ushalah taxi VINASUN kat perkarangan airport ni...Both of us tak pi book taxi kat counter dia sebab nanti ada caj tambahan...so kita memandai sendiri pi cari taxi VINASUN tu.. 

Ada banyak taxi kat luar airport ni...antaranya SAIGON AIRPORT Taxi  tapi kami tak naik yang tu sebab dalam bacaan blog sebelum ni katanya tekai itu mahal.  Untuk makluman kengkawan sekelian kalau nak naik bas pun boleh...lagi murah seorang hanya 8000 VND dan satu beg dia caj 8000VND juga. Sesiapa yang nak naik bas ni keluar je dari pintu airport and pandang sebelah kanan u alls akan nampak bas bernombor 152...bas ni akan bawa penumpang terus ke perhentian bas di Ben Than Market. 


Akhir sekali dapat juga VINASUN selepas 10 minit mengusha tourist lain naik teksi....sebelum naik kita tanya dulu dia pakai meter ke tak...kalau tak pakai meter jangan naik cari teksi lain. Pemandu teksi ni pakai meter dan dia tak tahu langsung berbahasa Inggeris...mujur kami ada tulis alamat hotel tu -Thanh Long Tan Hotel, 21- 23 Truong Dinh, District 1, Ho Chi Minh City  - ...terus dia bawa kami ke sana. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20-30 minit je untuk sampai ke destinasi.


Pukul 9.30 pagi kami pun sampai di perkarangan hotel Thanh Long Tan...bayar encik teksi sekitar 150000 VND. Alhamdulillah waktu weekdays orang check in tak ramai jadi kami dapat check in awal...




Honestly speaking waktu ni kitaorang tengah lapar sesangat....apalagi lepas dah refresh ourselves a bit kitaorang pun meneruskan pencarian kedai makan halal yang pertama iaitu Restoran Hajah Basiroh yang  letaknya betul-betul sebelah hotel Saigon Pink. Sesampai jer di situ kami disambut mesra oleh crewnya yang boleh berbahasa Melayu...Hmmm...disini macam2 ada dari kuih-muih hinggalah menu goreng-gorengan dan sup. Apalagi En. Hubby order nasi goreng kampung dan aku pulak memesan mee PHO (sebutannya 'fer') yang femes di Vietnam ni.beserta dua gelas Kopi Ais..dapat nasihat ni dari blog Jari Manis (http://jarimanistravel.blogspot.com/)  .



         
Pergh...memang sedaap. Sesiapa yang nak ke sana mesti pekena nih...kalau tak nanti tak lengkaplah memoirnya hehhee...Aku ni jenis bukannya pemakan daun ulam-ulam ni..tapi bila makan mee Pho ni beserta dengan ulam selasih ngan daun vietnam tu...fuuh mengancam rasanye..hehehe (tapi ni taste bud i ler..tak tau lah kalau u olls suka). En. Hubby plak memang pada awalnya bukan penggemar kopi ...tapi dua minggu sebelum berangkat ke HCM...dia cuba  berubah rasa ke kopi ais menggantikan milo ais (sebab nak boikot nestle) bila gi ngeteh kat kedai mamak Habib tu..and terus suka minum kopi ais...ada kepuasan katanya...





Selepas bersarapan kami pun menyusun langkah seterusnya iaitu ke Ben Thanh Market yang hanya kurang 5 minit berjalan dari restoran tadi. Mission utama - belikan kain Vietnamese Cotton untuk Mak dikedai Thuy Duoc  No: 526-528. Di sini kain-kain elanya murah bangat. Dan sempat bergambar kenangan bersama si cantik manis Pe Lin....




Sepanjang berada dalam Ben Thanh Market ni memang kena tarikla dengan peniaga -peniaga  sini yang rata-rata boleh berbahasa Melayu. En Hubby pun tak terkecuali...."abang, mari beli murah-murah...".. kita cuma sebut "cam on" (kam eern sebutannya) yang bermaksud terima kasih...untuk menolak pelawaan mereka..


Selesai misi ke Ben Thanh kami berjalan kaki ke Remnant War Museum mengikut peta yang diberi oleh pihak hotel....sepanjang perjalanan ke destinasi kami dapat melihat berbagai ragam manusia di HCM ni ...ada ramai penjaja jalanan yang akan cuba menjual barangan kepada kita daripada tali pinggang sampai ke dompet....cuma jangan tergoda sudah. Ada juga yang minta sedekah dengan cara seorang ibu mengendong anak pi kat En. Hubby dan lebih kurang begini sekeripnya.. " Abang baby lapar...baby lapar" sambil menghulur tangan....En. Hubby cuma senyum je...Yang paling best sekali bila melihat orang awam yang muda, tua atau OKU melintas jalan yang sibuk dengan kenderaan, depa relaks jer, pemandu bas ke, kereta ke, penunggang motor ke akan secara automatik memberi laluan dengan cara membunyikan hon dan mengelak pejalan kaki tadi.....Kalau kat Malaysia ..hmm..sori lah yek..Untuk makluman kenderaan kat sini bawa pada kelajuan 40-50 km sejaam je...so don't have to worry...


Dalam pukul 2.30ptg kami pun sampai ke destinasi yang dituju (lebih kurang 20 minit berjalan kaki). Dibawah ini dikongsikan gambarnya....



Pintu masuk War Remnants Museum








Bagi mereka yang suka mengkaji sejarah ...tempat ini sesuai untuk dilawati. Muzium yang menggambarkan kekejaman tentera US terhadap warga tempatan. Gambar-gambarnya mengusik jiwa...tak terungkap dengan kata-kata ..terutama sekali gambar mangsa -mangsa agen orange yang menjadi cacat seumur hidup. Ramai pelancong dari US sendiri yang datang melawat muzium ini. Banyak yang dapat dipelajari dari sejarah mereka ini...selama lebih 20 tahun rakyat Vietnam ini tinggal didalam terowong bawah tanah...hanya dapat keluar pada waktu malam sahaja...


Selesai pusing Muzium ni kami pun menuju ke arah Post Office dan Bangunan Notre Dane Cathedral yang cantik tu...sedang kami berjalan menuju ke destinasi kami berjumpa dengan sebuah masjid di tengah bandar HCM nih...Masjidnya bernama Al-Rahim dan didepan masjid ada gerai-gerai yang diusahakan oleh muslim Vietnam..sungguh menarik. Kami teruskan perjalanan berbekalkan peta yang diberi...seperti biasa En. Hubby yang pandai baca peta, yang bercerita ni jadi tukang ikut jek. Rasa macam tersilap jalan pun ada...tapi macam tak berani nak cakap sebab tak cekap interpret peta....Apapun lepas tu en. Hubby bagitau memang dah tersasar sikit...kami pun bertanya kepada local yang ada kat situ..selepas mendapat pencerahan kami pun meneruskan perjalanan...


Kaki dah rasa macam nak krem dan haus sangat....tetiba terserempak dengan penjual air kelapa bergerak yang menggunakan kandar. Terus tersenyum nampak kami dan terus menyapa En. Hubby sambil memberikan kandarnya untuk En. Hubby letak atas bahu....lepas tu dia suruh aku amik gambar En. Hubby tengah mengandar ....sambil tu tanya kami dari mana dan bila sebut Malaysia di pun kata Malaysia bagus...LEpas tu dia suruh aku lak gandar bisnes dia...fuh boleh tahan gak beratnya...Sambil En. Hubby amik gambar  ..tokey air kelapa tu siapkan dua biji air kelapa untuk kitaorang...Masalahnya kita orang ingat amik gambar je rupanya kena minum air kelapanya sekali....dalam hati kata baguh betul strategi mamat ni nak jual air kelapa dia... Apapun kami pun minum dan sembang kopi lah sikit ngan mamat ni...


Bila tanya berapa harga dua biji kelapa ni, dia terus jawab 150000 VND( RM30 tu!!).. Terkejut beruk makcik...tapi berbekalkan ilmu yang dikorek dari blog2 senior, aku dan en. Hubby  terus nego 50% harga ngan mamat ni...Akhir sekali dia setuju terima 70000 VND untuk dua biji air kelapa tu...(RM14) Maknanya sebiji air kelapa tu RM7...memang mahal. Apapun bila kita niat bersedekah harga seperti itu tak jadi beban....



BERGAYA DENGAN KANDAR PENJUAL AIR KELAPA


Okay....perjalanan balik ke hotel pun diteruskan. Dititipkan gambar berikut...





Selepas dah puas berjalan kami rasa laparlah pulak ...tengok jam dah pukul 6.00ptg..apalagi menapak cari kedai makan halal lain selain Hajah Basiroh ..reki punya reki jumpa restoran Kampung Melayu betul-betul bertentang dengan Restoran Hjh Basiroh tu...Nampak exclusive tempatnya....sesekali why not...




Masakannya (yang dalam gambar tu) sedap sesangat. Namanya tak berapa nak hingat plak...Lepas dinner balik ke hotel dan refresh ourselves and solat jamak takdim dulu..lepas tu ingat nak turun pi jengah Ben Thanh Night Market tapi cuaca tak mengizinkan ...hari hujan lebat malam tu...so kena tunggu hujan berhenti..Untuk makluman semua Ben Thanh Night Market beroperasi sehingga kul 11 malam saja....Hmm..dapat ke tidak kami menjengah pasar malam tu? Tunggu sambungannya nanti ya...Adios!




Tuesday 9 September 2014

PENGALAMAN BERMUSAFIR KE HO CHI MINH 27-29 OGOS 2014

Satu hari di bulan Jun 2014…


Telefon bimbitku berbunyi sedang  sibuk prepare lesson untuk mengajar petang nanti…Rupanya en. hubby telefon…dia tanya bulan ogos ni berapa haribulan yang free dan boleh ambil cuti sekurang2nya 3 hari…aku tanya untuk apa en. Hubby jawab  rahsia….okaylaa…selepas semak tarikh untuk ogos aku pun bagi tarikh 27-29 ogos waktu yang tiada kelas, mesyuarat atau kursus di ofis UTMSPACE. Lagipun waktu tu dah gaji….

8 Ogos 2014




En. Hubby bagi tau kita kena pegi bercuti ke Ho Chi Minh dari 27-29….Wah KENA pergi gitu…bila tanya tiket dah beli ke…en. Hubby bagi tau tiket sponsored by one of his training providers as token of appreciation for being their trainer. Apalagi seronok tak terkatalah..nak gi jenjalan luar negaralah katakan….The last time kita ke luar Negara ialah ke Beijing China pada tahun 2010…

11-15 Ogos 2014


First thing, both of us gi renew passport…lepas tu  aku pun merujuk pada kengkawan yang dah pi Ho Chi Minh (HCM) nih…dapatkan tips. Kawan baik saya, Azidah, seorang ardent traveller siap beri itinerary sekali sebagai rujukan…..Terima kasih Azidah :)  . Anak buah saya, Awin and the gang berpesan supaya jangan lupa pekena kopi di Vietnam sebab sedap sangat katanya.  Pada waktu senggang di rumah,  kami teruskan buat  research tentang HCM dengan membaca blog-blog yang berkaitan seperti berikut:


Jika nak tahu bagaimana nak elak dari di tipu di HCM sila layari blog ini

bagi yang berhajat untuk memborong di Vietnam untuk pertama kali layarilah blog ni…

Ok laa….tiba masanya untuk booking hotel. Kengkawan nasihatkan cari hotel berdekatan dengan Ben Thanh Market yang terkenal tu sebab kat area tu ada banyak pilihan restoran halal. Survey kat Booking.com dan dah dapat persetujuan dari En. Hubby maka aku pun tempah hotel yang namanya Thanh Long Tan Hotel yang jaraknya ke Ben Thanh Market cuma walking distant jer… Hotel ni tempeh melalui Booking.com tak payah bayar deposit sesen pun…tu yang best tu.

Hmmm...tiket dah ada, hotel dah booking....cuma nak beritahu mak tersayang dan anak-anak tercinta yang abah dan mamanya nak gi jenjalan over the sea....kita tunggu sambungannya esok ya....