Tuesday 9 September 2014

PENGALAMAN BERMUSAFIR KE HO CHI MINH 27-29 OGOS 2014

Satu hari di bulan Jun 2014…


Telefon bimbitku berbunyi sedang  sibuk prepare lesson untuk mengajar petang nanti…Rupanya en. hubby telefon…dia tanya bulan ogos ni berapa haribulan yang free dan boleh ambil cuti sekurang2nya 3 hari…aku tanya untuk apa en. Hubby jawab  rahsia….okaylaa…selepas semak tarikh untuk ogos aku pun bagi tarikh 27-29 ogos waktu yang tiada kelas, mesyuarat atau kursus di ofis UTMSPACE. Lagipun waktu tu dah gaji….

8 Ogos 2014




En. Hubby bagi tau kita kena pegi bercuti ke Ho Chi Minh dari 27-29….Wah KENA pergi gitu…bila tanya tiket dah beli ke…en. Hubby bagi tau tiket sponsored by one of his training providers as token of appreciation for being their trainer. Apalagi seronok tak terkatalah..nak gi jenjalan luar negaralah katakan….The last time kita ke luar Negara ialah ke Beijing China pada tahun 2010…

11-15 Ogos 2014


First thing, both of us gi renew passport…lepas tu  aku pun merujuk pada kengkawan yang dah pi Ho Chi Minh (HCM) nih…dapatkan tips. Kawan baik saya, Azidah, seorang ardent traveller siap beri itinerary sekali sebagai rujukan…..Terima kasih Azidah :)  . Anak buah saya, Awin and the gang berpesan supaya jangan lupa pekena kopi di Vietnam sebab sedap sangat katanya.  Pada waktu senggang di rumah,  kami teruskan buat  research tentang HCM dengan membaca blog-blog yang berkaitan seperti berikut:


Jika nak tahu bagaimana nak elak dari di tipu di HCM sila layari blog ini

bagi yang berhajat untuk memborong di Vietnam untuk pertama kali layarilah blog ni…

Ok laa….tiba masanya untuk booking hotel. Kengkawan nasihatkan cari hotel berdekatan dengan Ben Thanh Market yang terkenal tu sebab kat area tu ada banyak pilihan restoran halal. Survey kat Booking.com dan dah dapat persetujuan dari En. Hubby maka aku pun tempah hotel yang namanya Thanh Long Tan Hotel yang jaraknya ke Ben Thanh Market cuma walking distant jer… Hotel ni tempeh melalui Booking.com tak payah bayar deposit sesen pun…tu yang best tu.

Hmmm...tiket dah ada, hotel dah booking....cuma nak beritahu mak tersayang dan anak-anak tercinta yang abah dan mamanya nak gi jenjalan over the sea....kita tunggu sambungannya esok ya....

2 comments:

Jari Manis said...

terima kasih Freena kerana jadikan blog JM sbg rujukan :-)

Unknown said...

Sama-sama JM :) Seronoknya dapat berkenalan dengan JM! Pengalaman dan perkongsian tips JM ni banyak beri manfaat pada hamba Allah yang suka bermusafir, termasuklah saya dan en. hubby... Semoga Allah merahmati JM selalu...