Saturday 11 October 2014

CARA MENYEDIAKAN JUS DAUN BETIK UNTUK MERAWAT DENGGI

Apakhabar rakan-rakan pembaca sekelian, hari ni  terpanggil untuk share cara menyediakan Jus Daun Betik yang disarankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) tempoh hari untuk merawat Denggi...Almaklumlah kawasan JB ni especially Bandar Baru Uda  selalu ada kes...Baru-baru ini  anak saudara saya yang berumur bawah 12 tahun di Kajang telah dimasukkan ke hospital akibat denggi. Ibunya menyediakan sup ketam, air 100 plus dan tak lupa juga air daun betik untuk diminum bagi menaikkan platelet anak saudaraku tu...Alhamdulillah berkat ikhtiar dan doa...selepas 6 hari  beliau dibenarkan keluar dari wad. 
Amalan meminum  Jus Daun betik untuk rawatan Denggi telah lama dilakukan di negara-negara Asia seperti India, Malaysia, Cina dsbnya. Ada yang merebus daunnya dan meminum airnya, ada pula yang menumbuk daunnya dan memerah jusnya. Apapun ianya telah digunakan secara turun-temurun oleh kita. Cuma akhir-akhir ini kajian secara saintifik telah dibuat di Sri Lanka oleh Dr Sanath Hettige (1) dan di Malaysia Dr Soobitha Subenthran dari IMR yang mendapati enzim chymopapin dan papain dalam  jus daun betik  mampu meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam badan pesakit demam denggi(2).
 Okeh...tanpa membuang masa lagi saya perturunkan  cara yang telah disarankan oleh IMR ni dalam bentuk bergambar yang diedarkan dalam bentuk brosur:
(credit)
(credit)
STAGE YANG PALING IDEAL UNTUK MINUM JUS DAUN BETIK

Hasil kajian menunjukkan  pengambilan jus daun betik ini adalah paling terbaik apabila pesakit menunjukkan simptom awal denggi ( iaitu apabila platelet menunjukkan penurunan dibawah 150 000 cu mm). Ianya juga berguna pada stage pertengahan, tetapi sekiranya demam denggi tersebut telah sampai ke tahap  kegagalan organ, jus daun betik ini adalah kurang berkesan (3)

DOS YANG DISARANKAN UNTUK KANAK-KANAK

Umur 11-12 tahun - 5 ml 2 kali sehari
Umur  10 tahun ke bawah - 2.5 ml 2 kali sehari

BAGAIMANAKAH RASANYA?


Pahit...sepahit-pahitnya. So kalau nak diberi pada anak-anak...digalakkan campur dengan sesudu kecil madu


Saksikan Video dibawah ini untuk melihat bagaimana jus daun betik ini dibuat:



Dalam video ni, daun betik tersebut hanya dibasuh sahaja, tapi adalah lebih baik direndam dalam air bersih selama 10 minit seperti yang dicadangkan dalam brosur... baru basuh sekali lagi dengan air bersih. Tujuannya adalah untuk membuang getah pada daun betik (jika ada). 


Okeh...harap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada rakan pembaca sekelian. Selamat Mencuba!

Adios!








Sumber :


http://news.ufl.edu/archive/2010/03/uf-researchers-find-cancer-fighting-properties-in-papaya-tea.html

http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20131006/st_02/Daun-betik-pengubat-denggi






No comments: