Monday 13 August 2018

SETELAH LEBIH 4 TAHUN MENYEPI....

Assalamualaikum & Selamat pagi semua!!! Dah 4 tahun rasanya tak berblog nih...windu plak kat kengkawan diluar sana. Berhabuk dah kita punya blog ni. Apakhabar Cik Legal, Azidah, Awien, Atie, mantan boss ~Dr. Halim, Shahilah, Jay, Maria dan rakan-rakan bloggers sekelian ~ Dayang Deno, JM, ...? Aku doakan kalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya :) Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ni..... Antaranya seperti dicatatkan dibawah ni:

30 Oktober 2014
Hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas sebagai pengurus Unit Bahasa Inggeris dan Program Persediaan di UTMSPACE ini. Setelah 8 tahun berkhidmat, maka aku memilih untuk melabuhkan tirai pada hari ini. Pilih? Ya kami diberi pilihan oleh syarikat untuk mengambil MSS atau meneruskan perkhidmatan di sini. MSS tu VSS ker? MSS bermaksud Mutual Separation Scheme yang dilaksanakan oleh sesebuah syarikat yang berhasrat untuk menutup satu bahagian sahaja dalam syarikat...jadi MSS di offer kepada staff di bahagian tersebut sahaja. Manakala VSS bermaksud Voluntary Separation Scheme dilaksanakan oleh syarikat yang offer kepada semua staff dalam syarikatnya.
Selepas berfikir semasak-masaknya, memohon petunjuk dari Yang Esa, serta bermesyuarat dengan ahli keluarga....aku mengambil keputusan untuk menerima MSS nih...dan seterusnya menjadi surirumah sepenuh masa...hehehe
Mak tak diberitahu awal tentang keputusan ni....sebab tak nak dia susah hati. Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Teaching profession masih lagi my passion cumanya this time aku jadi part-time teacher je untuk UTM. Insya Allah, rezeki aku Allah dah sediakan, cuma aku perlu ambil sahaja. Anak-anak risau juga...tapi aku bagitau kat diaorang rezeki itu dari Allah bukan dari makhluk. Alhamdulillah...mereka dapat menerimanya dengan baik.




2 November 2014
Bermulalah hidup ku sebagai part-time teacher -cum- full time housewife.....
Seminggu aku mengajar 2 hari sahaja....iaitu hari Ahad dan Selasa. Memang rindu kat opis dan kawan2 tapi sekarang ada wassep group....terubat jugak lah rindu dihati nih... Setiap hari Ahad, biasanya aku akan join usrah di surau ofis...tapi hari ini dan beberapa Ahad yang akan datang, jadual aku telah penuh dengan pelbagai agenda keluarga.
Pada hari-hari terakhir di ofis, aku bersembang dengan Cik Legal dibiliknya, dan mataku terpaku ke satu post-it-note berbentuk puisi dimemo boardnya:
Anekdot: Diruang yang kosong itu....

Kehilangan sering menimbulkan rasa kosong dalam hati.
Kita sangka, kekosongan itu kekal maka kita meratapinya.
Tapi sedikit yang kita tahu,
kekosongan yang hadir menyediakan ruang
dalam hati kita untuk sesuatu yang lebih baik.
Allah Maha Besar, tatkala aku merasa kekosongan anekdot ini menyedarkan aku bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita merancang, tapi perancangan Allahlah yang terbaik.
4-6 November

Cuti sekolah belum mula lagi...tapi kitaorang dah mula bercuti bersama keluarga setelah merancang lebih dua minggu, aku dan en. hubby mengambil keputusan membawa anak-anak bercuti diluar waktu cuti sekolah kerana pada tarikh ini sajalah ksemua anak-anak dari kolej dan asrama ada dirumah....Kami sepakat bercuti ke Seri Mersig Resort Air Papan Mersing. En. hubby sewa HIACE dari MS Limo (RM 350 sehari selama 3 hari sewaan). The best holiday ever.... apa taknya resort tu tak de orang lain cuma kita-kita aje. Apalagi aku dan mak bawalah alatan untuk memasak disana.
Anak-anak seronok sebab boleh mandi kolam dan mandi laut sekali... Haa..kat bawah  ni ialah gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian ini.


They really enjoyed themselves! Sekarang ni, semua anak-anak sedang mencari masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama-sama lagi seperti ini. Apa taknya yang sulong tengah sibuk dengan praktikalnya di PNB, yang kedua dah bekerja di CTRM Melaka, yang ketiga dah bekerja di Bio Pro JB, manakala no empat sehingga sembilan sedang bergelut dengan dunia persekolahan masing-masing.


Adios!

No comments: