Saturday 11 October 2014

CARA MENYEDIAKAN JUS DAUN BETIK UNTUK MERAWAT DENGGI

Apakhabar rakan-rakan pembaca sekelian, hari ni  terpanggil untuk share cara menyediakan Jus Daun Betik yang disarankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) tempoh hari untuk merawat Denggi...Almaklumlah kawasan JB ni especially Bandar Baru Uda  selalu ada kes...Baru-baru ini  anak saudara saya yang berumur bawah 12 tahun di Kajang telah dimasukkan ke hospital akibat denggi. Ibunya menyediakan sup ketam, air 100 plus dan tak lupa juga air daun betik untuk diminum bagi menaikkan platelet anak saudaraku tu...Alhamdulillah berkat ikhtiar dan doa...selepas 6 hari  beliau dibenarkan keluar dari wad. 
Amalan meminum  Jus Daun betik untuk rawatan Denggi telah lama dilakukan di negara-negara Asia seperti India, Malaysia, Cina dsbnya. Ada yang merebus daunnya dan meminum airnya, ada pula yang menumbuk daunnya dan memerah jusnya. Apapun ianya telah digunakan secara turun-temurun oleh kita. Cuma akhir-akhir ini kajian secara saintifik telah dibuat di Sri Lanka oleh Dr Sanath Hettige (1) dan di Malaysia Dr Soobitha Subenthran dari IMR yang mendapati enzim chymopapin dan papain dalam  jus daun betik  mampu meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam badan pesakit demam denggi(2).
 Okeh...tanpa membuang masa lagi saya perturunkan  cara yang telah disarankan oleh IMR ni dalam bentuk bergambar yang diedarkan dalam bentuk brosur:
(credit)
(credit)
STAGE YANG PALING IDEAL UNTUK MINUM JUS DAUN BETIK

Hasil kajian menunjukkan  pengambilan jus daun betik ini adalah paling terbaik apabila pesakit menunjukkan simptom awal denggi ( iaitu apabila platelet menunjukkan penurunan dibawah 150 000 cu mm). Ianya juga berguna pada stage pertengahan, tetapi sekiranya demam denggi tersebut telah sampai ke tahap  kegagalan organ, jus daun betik ini adalah kurang berkesan (3)

DOS YANG DISARANKAN UNTUK KANAK-KANAK

Umur 11-12 tahun - 5 ml 2 kali sehari
Umur  10 tahun ke bawah - 2.5 ml 2 kali sehari

BAGAIMANAKAH RASANYA?


Pahit...sepahit-pahitnya. So kalau nak diberi pada anak-anak...digalakkan campur dengan sesudu kecil madu


Saksikan Video dibawah ini untuk melihat bagaimana jus daun betik ini dibuat:



Dalam video ni, daun betik tersebut hanya dibasuh sahaja, tapi adalah lebih baik direndam dalam air bersih selama 10 minit seperti yang dicadangkan dalam brosur... baru basuh sekali lagi dengan air bersih. Tujuannya adalah untuk membuang getah pada daun betik (jika ada). 


Okeh...harap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada rakan pembaca sekelian. Selamat Mencuba!

Adios!








Sumber :


http://news.ufl.edu/archive/2010/03/uf-researchers-find-cancer-fighting-properties-in-papaya-tea.html

http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20131006/st_02/Daun-betik-pengubat-denggi






Friday 10 October 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Thursday 9 October 2014

LIEBSTER AWARD: AWARD BLOG SAYA YANG PERTAMA



Hi frens!  Nak share story nih….pada 24 September bebaru ni  belog  I yang tak sampai setahun jagung ni telah dicalonkan untuk satu award namanya Liebster Award oleh blogger Tiera. Terkejut juga dengan pencalonan oleh  Tiera ni…Apapun  aku dapat kawan baru di alam blog  ni.  Thanks Tiera kerana menganugerahkan award ini! 


Jadi aku buat sikit homework nak tahu apa makna Liebster Award, sejarahnya dan apa peraturannya…. Ta daaa…ni lah yang aku jumpa…

 Award ini hanya wujud di alam maya dan  diberi kepada blogger oleh blogger yang lain.

Tujuan kewujudannya adalah untuk mencari blogger yang baru dan meraikan kehadiran mereka     dalam dunia berblog ini

  Liebster berasal daripada Bahasa German yang membawa beberapa maksud seperti ‘dearest’,              ‘sweetest’, ‘kindest’, ‘beloved’, ‘lovely’,‘sweetheart’, ‘welcome’ dan banyak lagi

 Award ini bertujuan untuk mempromosikan /memperkenalkan bloggers  kepada bloggers lain.            Dengan erti kata lain, meluaskan jaringan bloggers yang  baru berjinak-jinak dalam dunia blog

 Pilihan terletak ke atas blogger yang telah dicalonkan untuk award ini samada nak TERIMA dan        meneruskan niat yang baik ini (untuk berkenal-kenalan sesama bloggers) atau MENOLAK                  pencalonan ini.


PERATURAN RASMI PENERIMAAN AWARD


Sekiranya anda  memilih untuk MENERIMA Liebster Award ni, anda hendaklah menulis blog post tentang Liebster Award ni di mana anda perlu:

  1.  Mengucapkan terima kasih kepada orang yang tag blog anda dan post link blog  blogger tersebut ke dalam blog anda
  2. Displaykan Liebster Award ni dalam blog anda dengan meletakkanya ke dalam post anda atau display dengan menggunakan  widget atau gadget.(Cara terbaik save image di atas dalam computer anda dan upload dalam blog post).
  3. Jawab 11 soalan  yang telah disediakan oleh blogger yang tag anda.
  4. Tulis 11 fakta tentang diri anda yang anda nak share dengan blogger lain.
  5. Calonkan dan tag 11 blog yang anda rasa sesuai untuk terima award ini dan blogger tersebut mempunyai  kurang dari 1000 followers.
  6. Olah 11 soalan baru untuk dijawab oleh blogger yang di tag.
  7.  Senaraikan peraturan ini dalam post anda ( boleh copy paste dari sini)
  8.  Maklumkan bloggers  yang mereka telah dicalonkan Liebster Award ini dan sediakan link untuk mereka pergi ke post anda supaya mereka boleh mengetahui lebih lanjut tentang Award nih.






JAWAPAN KEPADA 11 SOALAN DARI TIERA


1.  Apa yang anda suka bawa dalam handbag bila anda keluar?
    Wet wipes/tissues.

 2.  Jenama lipstick kesukaan?
   Miyami (Cosway) tapi sekarang  dah tak pakai dah….

3.  Siapa idola dalam hidup anda selain Nabi Muhammad SAW?
     Siti Khadijah R.A. sebab dia adalah seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya, isteri                        yang penyayang, setia, bijak dan seorang ibu yang penyabar.

4.  Filem/cerita paling best yang anda suka? Kenapa?
     Ustaz mu tunggu aku datang.  Banyak mesej yang tersirat didalamnya.

5.  Suka tak jadi boss sendiri? Kalau ye kenapa dan kalau tak kenapa?
     Suka sesangat sebab kita boleh manage our time and family.

  6.  Kat mana nak shopping dress lawa-lawa ye?

 7.  Apa 5 sifat positif lagi terpuji yang ada pada diri anda?
i)                    Bertenang bila sen abis.
ii)                  Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
iii)                Sabar
iv)                Proaktif
v)                  Suka membantu mereka yang dalam kesusahan


     8.   Kalau MAS nak sponsor tiket percutian untuk anda, mana anda nak pilih dan siapa yang  anda            akan bawa?
     Fes, Maghribi dan saya akan bawa En. Hubby, mak dan kesemua anak2 saya.

9.  Ada tak apa-apa lafaz atau kata-kata yang tersimpan untuk diluahkan pada ibu ayah?
    Abah, uda rindukan abah. Terima kasih abah atas penat jerih mu membesarkanku. Mak, uda               sayang sangat kat Mak. Terima kasih Mak atas didikan, nasihat, pandangan dan  teguran Mak buat     Uda. Satu dunia dan seisinya tak dapat mengatasi pengorbanan Mak  dalam membesarkan kami           semua J

10.  Pakai handphone apa sekarang?
    Sony Experia M je…

11. Anda tengok jam sekarang pukul berapa, cuba beritahu apa yang anda nak dapat sekarang jugak         kalau boleh ditunaikan?
      Sekarang pukul 8.00 malam teringin nak makan Alaskan king crab yang mahal tu !


BEBERAPA FAKTA TENTANG SAYA YANG ANDA PERLU TAHU



  1. Seorang yang cintakan keamanan. Benci kepada peperangan.
  2. Ambil SPM dua kali pada tahun 1986 (Science Stream) dan 87( Art Stream)
  3. Serangga yang saya paling tak suka – Lipas
  4. Perkara yang saya paling benci ialah orang yang meludah merata-rata di tempat awam
  5. Saya bekerja sebagai pengurus di sebuah institusi pendidikan dan akan bersara dalam masa terdekat. Saya bakal bekerja sendiri.
  6. Tidak mudah marah
  7. Suka dan rindu  bau baby  especially yang baru lahir….sekarang ni yang bongsu dah tujuh tahun…dah tak baby dah…
  8. Suka berdating ngan En Hubby
  9. Seronok bila cuti sekolah….semua anak-anak berkumpul kat rumah….riuh rendah jadinya…
  10. Saya seorang yang pemalu.
  11. Saya seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

11 BLOG YANG MENJADI PILIHAN SAYA UNTUK LIEBSTER AWARD IALAH:



Sebuah blog yang harus disinggahi. Berkisarkan kehidupan dan kerinduan seorang ibu tunggal akan dua anak lelakinya. Sesiapa saja yang baca akan tersentuh naluri keibuannya.

Blog ini mencoretkan segala apa yang berlaku disekeliling kita dalam bahasa yang santai dan menarik. Coretan yang membuka minda dan menukar paradigma individu terhadap sesuatu isu menerusi pemerhatian, pengalaman dan pemikiran yang kritis.

Traveling on a Shoestring
Sebuah blog yang memuatkan pengalaman kehidupan seorang blogger yang suka mengembara dan berkongsi  maklumat tentang tempat makan yang sedap.


Blog yang berkisarkan pengalaman hidup seharian bersama anak-anak serta dunia pekerjaan.

Seorang rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan sepanjang hayat dan pakar motivasi. Blog beliau banyak mengandungi petua-petua melayu lama yang jarang sekali diamalkan dewasa ini. Sebagai contoh petua bagaimana menaikkan seri muka; melangsingkan tubuh dan bermacam lagi.

Sebuah blog  menarik yang mengupas tentang  isu-isu semasa, pengalaman percutian ditempat menarik seperti Bali, Jepun dan keletah kucing-kucing kesayangan.

Sebuah blog yang mencatatkan perjalanan seorang anak muda yang ingin dikenali sebagai Ibnu Batuttah Moden ke seerata dunia secara bajet. Amat menarik kupasannya.


   Blog ini menyediakan tutorial bagaimana nak letak button Join this site. Sungguh  informatif.

Blog photography yang mantap. Ada berbagai pakej disediakan. Tertarik dengan blog ni sebab gambarnya cantik-cantik ….sangat sesuai untuk bakal pengantin. Hmmm…boleh tempah untuk anak nanti.

Adik Del menceritakan percutian bajetnya ke Korea. Memang sempoi dan banyak gambarnya. Korea memang ada dalam list lawatan 2015. So..this blog amat bermanfaat bagi mereka yang nak dapatkan tips-tips bajet untuk bercuti

Haa…blog ni best jugak ada disediakan itinerary ke Korea  8 hari 7 Malam. Selain daripada tu Cik Tom ada menyediakan tutorial untuk blogger baru  macam aku nih…


11 SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH 11 CALON BLOGGER YANG SAYA TAG.

(Copy paste soalan-soalan ini dalam blog anda supaya mudah untuk anda menjawabnya.)


  1. Apa yang membuatkan anda tersenyum?
  2. Apa perkara pertama yang anda suka lakukan pada waktu pagi?
  3.  Adakah anda suka bertemu dengan orang baru?  Nyatakan sebabnya.
  4. Filem/Drama/Novel  apakah yang anda paling minat? Kenapa?
  5. Apakah perkara yang paling anda hargai dalam hidup anda?
  6.  Apakah post yang paling menarik dan paling  anda minati dalam blog anda? (sila beri link)
  7.  Bagaimana anda mendapatkan nama untuk blog anda?
  8. Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.
  9. Apakah tiga perkara yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
  10.  Jika sekiranya anda diberi pilihan untuk  tinggal dimana-mana sahaja didunia ini, dimanakah tempatnya dan kenapa?
  11. Siapakah sumber inspirasi anda?




Okeh rakan-rakan blogger sekelian, selamat menjawab soalan di atas ya! 

Can't wait to read your answers to the above questions :)


Wednesday 8 October 2014

PENGALAMAN BERMUSAFIR KE HO CHI MINH 27-29 OGOS 2014 (PART 4)

Hi frens…semoga berada dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya. Haa….amacam…okay tak blogskin baru nih? ‘Terror’ kan mak jemah tukar blogskin….hehheh ye lar tu…sebenarnya ni hasil kerjatangan anakanda yang sulung.. Puteri Mardhiah. Tapi sambil dia buat tu kita belajarlah jugak macamana nak cut paste coding HTML kat template….kalau setakat nak tukar corak background tu …dah pandai ler. U olls are welcome to comment kat bawah tu ya….just click kat comment dan komen je lar apa-apa.  Okay …seperti biasa mari ikuti sambungan aktiviti seterusnya di HCM nih….


Sambungan 28 Ogos 2014


Kami sampai di HCM pukul 3.30 petang. Bergerak menuju ke Restoran Hajah Basiroh untuk makan tengahari…sebab tadi waktu lunch kami cuma makan ubi rebus jer… Usai makan, kami balik ke hotel untuk  untuk solat jamak takhir. Apa rancangan seterusnya ? En. Hubby ajak gi Saigon Square yang letaknya tak jauh dari Ben Thanh Market. Kami bercadang untuk berjalan kaki sahaja ke sana dengan berbekalkan  map yang diberi oleh pihak hotel. Lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki dan melintas jalan- jalan yang penuh dengan penunggang motosikal (suspen betul bab melintas jalan kat HCM nih) kami pun sampai ke Saigon Square ( 7-9 Ton Duc Thang Street, District 1).
 


Berbekalkan peta yang diberi oleh hotel ni lah kami menjelajah HCM


(credit)


Bermulalah window shopping kami disini…Suasana disini agak tenang berbanding di Ben Thanh Market…para peniaga tak lah sampai menarik tangan pelanggan untuk ke kedai mereka seperti di Ben Thanh. Dari segi harga pulak, kita masih boleh tawar menawar…Cuma harga barangan disini agak mahal berbanding ditempat lain dan tempatnya berhawa dingin gitu. Yang pastinya bila dah balik ke Malaysia baru tahu Saigon Square ni sebenarnya ada dua tempat dan yang kami pergi tu ialah yang ke dua.

Sedang kami scout around tetiba henfon berdering…rupanya my best friend Tisha dari UiTM Arau Perlis ada kat HCM juga attending conference. Dia nak meet up malam ni…so kami pun  set nak pi jumpa kat Restoran Kampung Melayu opposite Hjh Basiroh tu pukul 8.00 malam nanti. After one and a half hours of window shopping…tak beli apa2 pun, kami bergerak balik ke hotel.

Sesampai di hotel…fuh terasa nak tercabut kaki…dahlah tu terkena krem kat betis pulak. Selepas dah berlunjur-lunjur kami pun freshen up dan solat jamak takdim waktu Magrib. Pukul 7.45 malam kami bergerak menuju ke Restoran Kampung Melayu untuk berjumpa ngan Tisha dan rakannya Lin. Lawak betul…kat Malaysia takde masa nak jumpa boleh jumpa kat HCM ni plak.



Seronok berjumpa best friend yang dah 3 tahun tak jumpa ni…macam2 cerita keluar. Kami bersembang sampai tak ingat dunia…Lepas tu kami berdua pun bawalah diaorang pusing kat Pasar Malam Ben Thanh ni…Alhamdulillah, cuaca malam ni baik  je…bolehlah aku buat shopping last minit untuk beli cenderahati buat rakan dan jiran…Kami singgah dari satu gerai ke satu gerai sambil mengasah bakat tawar menawar dengan peniaga…Seronok gak. Sambil tu ternampak brader jual kopi ais bergerak naik motor…teringat pesan Awin supaya beli kopi ais tu sebab sedaap katanya. Awin suruh cari penjual kopi bermotor yang berkopiah dan bernama Salleh….Tapi brader tu bukan Saleh dan tak pakai kopiah..Puas kita usha brader Saleh x jumpa… yang kita jumpa hanyalah gambarnya....

(credit)
Kami pun beli je lah kopi ais tu dengan harga 1 USD segelas…macamana rasanya? Pergh! Memang sedap….lebih sedap dari kopi Hjh Basiroh atau Kampung Melayu…Dah habis  minum….kita order lagi untuk bawa balik ke hotel..

Esok pagi dah nak balik…Tisha dan Lin stay kat HCM ni sampai 31 Ogos…
Hmm…selesai sudah aktiviti untuk hari ni…

29 Ogos 2014


Pukul 4.30 pagi kami dah bangun untuk solat subuh dan bersiap-siap untuk ke Airport dengan menaiki teksi seawal jam 6.00 pagi.  Flight kami pukul 8.30 pagi. Hmm…percutian bajet tiga hari dua malam ni memang best…walaupun penat sebab berjalan merata tapi seronok! Kami tak berkesempatan untuk pi melawat Sg. Mekong dan Ha Long bay….Insya Allah…ada umur kami akan dating lagi kat HCM nih…Berapa belanja sepanjang bercuti bajet di HCM dan bagaimana itinerarinya….akan aku kongsikan di post lain. SELAMAT TINGGAL HO CHI MINH!



Okeylah kengkawan..tamatlah sudah memori bermusafir ke HCM ni...Hingga bertemu lagi di post yang akan datang ya!!

Adios!

Sunday 5 October 2014

PENGALAMAN BERMUSAFIR KE HO CHI MINH 27-29 OGOS 2014 (PART 3)

Assalamualaikum frens.... apa khabar semua?  Maaf...agak terlewat meng 'update' Part 3 ni haa...almaklumlah sibuk meneelaah dan menyediakan bahan untuk mengajar untuk semester ni.. Apapun kepada kengkawan ku diluar sana yang baru  (JM, Tiera) mahupun yang lama kenal khususnya Cik Legal, Azidah, Atie, Awien, Ila, Maria, Jay, Ieba , Greeny Home, Alin, Ummi Bilal, Sham, Uncle Jai, Azhan Hand, Iena dan semua kengkawan dalam bulatan gembira  moh kita ikuti sambungan cerita dalam entri seterusnya....


Sambungan 27 Ogos 2014

Jam menunjukkan dah pukul 9.30 malam, since bilik kami takde tingkap terpaksalah En. Hubby pi turun ke bawah untuk pastikan hujan masih lebat, gerimis ker atau dah berhenti. Hati berbunga riang bila En. Hubby kata hujan dah renyai tak selebat tadi....So maksudnya bolehlah pi pasar malam Ben Thanh ni kalau tak bentan lah jadinya....

Kami pun bergerak menghala ke destinasi yang dituju dalam keadaan hujan yang renyai…tetiba hujan menjadi semakin lebat dah ler tak de payung…. Terpaksalah kami masuk ke lot-lot kedai untuk berteduh sambil melihat kedai yang ada jual payung….Jumpa! Aku pun dengan konfidennya bertanya harga menggunakan bahasa isyarat kepada nyonya yang jual payung tu…Nyonya tu reply “big good quality…120000 VND (lebih kurang RM19)”. Memang sesuai untuk pakai dua orang. Apa lagi aku pun cubalah bargain dari 120000 VND kepada 60000 VND….Nyonya tu jawab “No cheap..cheap. No sell” sambil menghulurkan payung yang kecil sikit saiznya kepadaku…Aku jawab, “Not this one…I want that one (minta yang tadi) 80000 VND”. “ No sell, no sell”, nyonya tu balas dan simpan balik payungnya. Akhirnya kami redah je Pasar Ben Thanh tu dalam hujan….

Inilah hasil dapatan kami  malam tu…..



Jam dah pun pukul 10.30 malam….perut En. Hubby dah berkeroncong untuk supper. Kami pun singgah makan di kedai Hajah Basiroh minum kopi ais dan teman En. Hubby makan Mee Pho pulak. Selesai supper maka selesailah sudah aktiviti hari pertama di HCM nih….



28 Ogos 2014


Jam berdering tepat pukul 4.33 pagi menandakan masuknya waktu Subuh…jadi kami bangun menunaikan solat. Usai solat, kami pun bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar menghirup udara pagi seawal pukul 5.30 pagi. Kelihatan warga tempatan sedang sibuk mengemas kawasan sekitar dan menyapu dedaun yang bertebaran di atas jalan. Ada penjaja kecil menjual sarapan dengan menyediakan meja dan kerusi plastic yang bewarna warni bersaiz kecil untuk pengunjung yang singgah untuk bersarapan dihadapan lot-lot kedai yang belum dibuka.


Yang menariknya disini, rakyatnya digalakkan berniaga dan tiada gangguan dari ahli majlis bandarannya. Penjaja-penjaja ini akan selesai menjaja pada pukul 8.30 pagi. Waktu ini semua orang sudah masuk bekerja dipejabat, hotel, kedai dan sebagainya. Jalan raya  mula sibuk seawal 7.00 pagi.
Dah puas bersiar-siar menghirup udara pagi kami pun pulang ke hotel tepat  pukul 7.00 pagi untuk bersarapan. Aku pun minta telur separuh masak dua biji…tapi yang sampai scramble egg….hmmm hentam sajalah Labu… En. Hubby makan roti dengan kaya jer…bersama kopi panas.  Selesai sarapan, kami pun menunggu untuk menaiki bas pesiaran pada pukul 8.00 pagi ke Cu Chi Tunnel yang telah kami tempah sehari sebelumya . Untuk makluman, seorang kena bayar 10 USD  (tiket bas + tiket  masuk ke Cu Chi Tunnel).  Perjalanan memakan masa hampir sejam setengah. Jaraknya adalah 60 km dari HCM.


Dalam bas kami ditemani dengan seorang tour guide warga tempatan yang peramah dan funny…namanya Mr. Joe (nama Vietnamnya tak hengat lak). Ada lebih kurang 20 orang didalam bas ni dari Italy, Filipina, USA, Germany, Thailand, New Zealand, dan Malaysia. Dari JB Malaysia ialah kami dua orang dengan 6 remaja Cina. 

Dalam perjalanan kami singgah di  Pusat Kraftangan OKU ( VABE Handicapped Handicrafts Factory). Pusat ini mengambil pekerja dari kalangan OKU mangsa agen orange semasa perang Vietnam dahulu. Dengan cara ini, mereka dapat berdikari untuk menyara diri dan keluarga.


Hmm…masa sampai di tempat ni tak teringat nak ambil gambar sebab terlalu asyik melihat para pekerja OKU menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar, pasu, kotak perhiasan dan sebagainya dari kulit telur itik, cengkerang dan kayu-kayu terpakai. En. Hubby sempat rakam video jer…so sebahagian gambar di atas ni dikreditkan kepada http://yapisland-yapisland.blogspot.com/  manakala selebihnya aku printscreen dari video. Lepas tu kami pun dibawa oleh dayang-dayang ke bilik pameran hasil tangan yang dah siap…Fulamak!!! Berpinar mata dibuatnya….santek-santek belaka lukisannya…Ni lah yang dikatakan “unplanned shopping”…kami pun belilah 3 jenis lukisan yang bersaiz ¾ dari kertas A4…regenya 20 USD setiap satu.


Perjalanan ke Cu Chi Tunnel diteruskan. Lebih kurang 20 minit kemudian kami sampai ke destinasi yang dituju…

Sesampai jer kami dibawa oleh Mr Joe ke auditorium untuk melihat video dan mendengar taklimat berkaitan  bagaimana Cu Chi Tunnel dibina oleh kaum wanita dengan hanya menggunakan pongkes dan cangkul kecil...betapa hebat dan besarnya sumbangan kaum hawa  di sana..


Selesai taklimat, kami dibawa ke satu kawasan  lapang  yang hanya diliputi dedaun kering…apabila diketepikan dedaun tersebut kita dapat lihat bukaan pintu masuk ke terowong seluas kertas A4. Menurut Mr. Joe..orang-orang Vietnam waktu itu terlalu kurus dan boleh membolosi lubang ini. Kami kemudian dibawa ke tempat masuk terowong yang telah diubahsuai saiznya ke saiz A3….untuk  pelancong dari US, Eropah yang berbadan besar. Ramai rakan kami yang berselfie di dalam lubang terowong tersebut…





Dah puas berselfie kat tunnel entrance tu…kami pun di bawa ke  satu tempat dimana terdapat sebuah Tank US yang musnah disebabkan oleh  periuk api. 


Kami kemudian ke tempat jerangkap samar, ada pelbagai jenis jerangkap samar atau booby traps yang telah direka oleh Viet Cong untuk memerangkap tentera musuh. Di bawah ini adalah gambar sebahagiannya…






Mr Joe kemudiannya membawa kami untuk memasuki terowong sebenar... Setelah diberi taklimat tentang panjang terowong tersebut dan setiap 15 meter ada jalan keluarnya bagi mereka yang tak larat atau tak tahan panas atau tak tahan sempit...En. Hubby tetiba bersemangat untuk mencuba walaupun beliau sangat phobia dengan ruang yang sempit..Satu perkembangan yang bagus! Aku? Hmm...takpelah..terima kasih jer....Keadaan lutut tidak mengizinkan untuk merangkak terlalu lama...nanti krem jadinya. Cukuplah sekadar memberi moral support kat En. Hubby hehhehe...




Ni je lah yang mampu aku buat ...Selfie kat tangga terowong jer :)
Seperti dijangka ...En. Hubby keluar di exit yang pertama setelah mengalami sendiri pengalaman berada di dalam terowong sejauh 15 meter beserta dengan ramai rakan kami yang tak sanggup untuk meneruskan perjalanan...Cuma ada lebih kurang 5 orang anak-anak muda dari JB yang meneruskan cabaran hingga habis 200 meter jauhnya..

Seterusnya kami dibawa oleh Mr Joe untuk ke Lapang Sasar bagi mereka yang berminat untuk menembak menggunakan M16, AK47, atau mesingan. Dalam perjalanan ke situ, Mr. Joe menyinggah ke tempat membuat selipar getah untuk tentera Viet Cong...


Haa... ni lah rupa selipar getah tu. Ada cerita menarik yang dikongsi tentang selipar ni...
Menurut kata Mr Joe, para pejuang Vietnam ini memakai selipar getah ini secara terbalik sewaktu hari hujan.. Ini adalah untuk mengelirukan pihak musuh suupaya pihak musuh tidak dapat menjangka tempat persembunyian mereka...Cerdik kan!


En. Hubby tengah beraksi dengan M16

Setelah itu perjalanan diteruskan ke lapang sasar...Sesampai jer disana boleh dikata hampir semua ahli kumpulan cuba untuk merasai sendiri pengalaman menembak.. En. Hubby memang minat menembak.. Apalagi...terus gi kat kaunter bayar 15 USD untuk 10 butir peluru...Wifey ni cuma jadi photographer je lah...

Berganbar kenangan bersama Mr. Joe

Last sekali kami dibawa ke dewan makan untuk makan ubi rebus bersama dengan kacang tumbuk bercili. Sedap pulak rasanya... Hmmm...berakhirlah sudah lawatan kami ke Cu Chi Tunnel nih...

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.40 tengahari...Kami pun bergerak balik ke HCM...Apa aktiviti seterusnya? Tunggu......

Adios!