Monday 8 October 2018

RESIPI STEW DAGING ISTIMEWA TOK TIK


Assalamualaikum dan selamat malam bloggers semua. Harini kak Chaq nak story pasal  menu kegemaran kak chaq sejak kecil. Arwah nenek kak chaq namanya Tik binti Hashim, memang pakar memasak halwa maskat, dodol, kuih-muih traditional dan menu masakan barat juga seperti beef stew dan custard pudding.

BEEF STEW 
Dalam banyak-banyak resipi tu yang paling kak Chaq minat ialah beef stew yang  masa kecil dulu kak chaq  panggil 'bif stik'. Kak Chaq akan makan sepuas hati dan sebuku roti kak chaq boleh habis buat cicah dengan beef stew. Kak Chaq ni dulu kurus melidi tapi selera makan kus semangat!  Bila arwah nenek nak masak menu ni mesti kak chaq menyibuk kat dapur. Nak tolong apa yang patut. Dari situlah kak chaq belajar cara nak masak beef stew ni  dan tulis dalam buku  nota khas untuk resipi masa kak Chaq Form 5. Arwah nenek selalunya akan pilih bahagian daging batang pinang  kerana ianya mudah empuk dan lembut.

Kebiasaanya menu ini dihidangkan bila kami berkumpul sekeluarga sewaktu cuti hujung minggu atau cuti perayaan. Kalau nak buat selalu, parah lah juga sebab daging batang pinang ni mahal. Sekarang ni bila dah berkeluarga besar ni, lagilah.  Alhamdulillah, bila dah ada pressure cooker, nak buat beef stew tiap-tiap hari pun boleh sebab kita tak perlu guna daging batang pinang dah, masak guna daging biasa pun boleh.

Kebaikan menggunakan pressure cooker ni, daging mudah untuk jadi lembut dalam masa yang singkat berbanding dengan masak atas dapur cara biasa selalunya ambil masa 2 jam juga untuk tunggu daging empuk. Dengan pressure cooker, hanya perlukan 30 minit untuk melembutkan daging.

Okay, kak chaq kongsikan resipinya di bawah:

Bahan-bahannya
1 kilo daging lembu
2 biji telur
serbuk lada hitam/atau putih
6 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji tomato dipotong dadu
1 batang karot dipotong memanjang @ 1/2 peket baby carrot
1 tin kecil kacang peas
2 biji kentang dipotong wedges dan digoreng
3-4 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air
Daun bawang untuk hiasan
1 liter air
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan kicap manis
garam secukup rasa
Roti perancis atau roti buku

Caranya:

1. Daging dipotong nipis selebar 2-3 jari, kemudian diperap 5 minit dengan serbuk lada hitam @ lada putih. Selepas tu dicelup dalam telur yang dikacau dan digoreng sehingga warna bertukar kuning keemasan (tips: jangan goreng terlalu garing). Letakkan ke tepi sebentar

2. Tumis bawang putih dalam pressure cooker sehingga wangi dan tambahkan 1 liter air didalamnya. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalamnya..

3. Tutup pressure cooker dan setkan pressure regulator ke level dua untuk memasak daging dan masak atas api besar.

4. Setelah pressure cooker berbunyi dengan kuat menandakan ia telah mencapai tahap tekanan yang betul, kecilkan api dan setkan masa selama 30 minit.

5. Bila masa tamat, tutup api dan  gunakan teknik quick release, iaitu dengan meletakkan pressure regulator ke steam release level.

6. Selepas itu buka penutup pressure cooker dengan cermat. 

7. Masukkan tomato, baby carrot dan kentang wedges yang sudah digoreng terlebih dahulu.

8.Tambahkan sos tomato dan kicap manis kedalamnya dan kacang peas sekali

9. Kemudian tutup pressure cooker semula dan setkan pressure regulator ke level satu untuk melembutkan sayur dan masak atas api besar

10.Setelah pressure cooker berbunyi dengan kuat menandakan ia telah mencapai tahap tekanan yang betul, kecilkan api dan setkan masa selama 5 minit.

11. Ulangi langkah 5.

12 Akhir sekali masukkan daun bawang dan garam secukup rasa. Bolehlah dihidangkan

Untuk gambaran lebih jelas boleh lihat video dibawah:





Selamat mencuba ya! Bila dah cuba jangan lupa share diruangan komen tau!

Adios!