En. Hubby dan Alang order nasi lemak Ayam goreng, manakala akak, Along, Angah dan Acik order Roti canai masing-masing sekeping. Servis cepat. Makanan pun sedap! Roti Canainya lembut sangat, nyesal pulak order satu huhuhu. So ...akak tambah lagi satu😄. Dah selesai mengisi perut, kami pun masuklah ke kampus untuk mendaftar. Kami disambut oleh akak Guard yang manis dengan senyuman. Sejuk perut akak hehehe. Lepas tu dikiri kanan jalan kelihatan ramai pembantu Minggu Destinasi Siswa yang menjadi penunjuk arah dan sekaligus fasilitator program MDS ni. Jadi kami taklah tercari-cari tempat yang nak dituju. Selepas parking, kami terus ke dewan untuk pendaftaran dengan bantuan tunjuk arah dari pelajar senior yang bertugas.
Sesampai je di Dewan, para ibubapa diminta untuk tunggu di khemah yang disediakan sementara menunggu proses pendaftaran selesai. Tak sampai 15 minit, Alang dah keluar dewan. Katanya pendaftaran dah selesai dan kunci asrama pun telah diberikan. Next, kena pi asrama untuk simpan barang. The SHORTEST, FASTEST , EASIEST registration EVER! THUMBS UP UiTM Lendu👍👍👍. Berbeza dengan pengalaman mendaftar anak di IPT lain. Pukul 10.15 pagi pendaftaran program dan asrama selesai. Kami terus ke asrama yang di beri nama Kolej Tun Sabariah jauh di atas bukit tapi dekat dengan pintu belakang UiTM. Ada 10 tingkat, Alang dapat tingkat 8. Asramanya berbentuk apartment 4 bilik, 1 bilik 2 pelajar. Kami dapat makluman yang Kolej ini masih baru lagi. Allahu, syukur. Bertuah Alang kali ni.
![]() |
Kolej Tun Sabariah |
![]() |
Along, Angah,Achik dan Alang |
![]() |
Achik kata "Sedapnya, Tilam Vono" |
Kenapa akak kata bertuah? Haa....Alang ni sebelum dapat offer ke program Pra-Diploma ni, dia dah belajar di sebuah Kolej Islam swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Usuluddin peringkat Diploma. Selepas mendaftar, kami ingin menghantar Alang ke asrama tapi tidak dibenarkan. Kami diberitahu pihak kolej menyewa beberapa apartment untuk kegunaan pelajar. Agak pelik juga. Tapi tak apalah kami akur. Selepas kami balik, Alang menghantar beberapa gambar biliknya. Agak menyedihkan juga, ada 1 bilik tidak berfungsi, terdapat katil dan tilam yang lama dan lembap. Lampu kalimantang di ruang dapur rosak.
Selepas 2 bulan belajar, dapat makluman dari pihak kolej yang asrama hanya diberi waktu semester 1 sahaja pada pelajar baru, selepas itu pelajar kena menyewa rumah sendiri. Bayangkan menyewa rumah diKL kan mahal! Pada awalnya, pelajar dijanjikan dengan PTPTN tetapi bila borang dihantar, PTPTN reject sebab kursus Diploma Usuludin tiada MQA lagi. Sebelum ini pihak kolej mengatakan ada MQA. Kami dah rasa tertipu disini. Bila nak dekat exam, pelajar diminta bayar yuran penuh kalau tidak, pelajar akan di bar dari menduduki peperiksaan. En.Hubby terus hubungi pihak kolej agar dibenarkan Alang ambil periksa sebab sepatutnya PTPTN tak de masalah, yang bermasalah ialah kolej tersebut. Selepas perbincangan Alang dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester 1. Dipendekkan cerita, kami keluarkan Alang dari Kolej tersebut kerana bila nak masuk Semester 2 isu MQA masih tidak selesai, bermakna kami terpaksa bayar yuran sebanyak RM5000 untuk Semester 1 dan 2, belum lagi ambil kira sewa rumah. Fuh! Tak mampu keluarga besar macam kami nak tanggung pengajiannya disana.
Akak dan En. Hubby mencadangkan agar Alang mohon pra diploma politeknik dan pra diploma UiTM dibawah program MDAB (Mengubah Destinasi Anak Bangsa). Alhamdulillah, akhirnya Alang mendapat tempat di UiTM Lendu. Kami doakan agar Alang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada akhir program pra nanti. Okeh ...dah tiba masanya nak ucapkan selamat tinggal kat Alang sebab program orientasi seterusnya akan bermula pada pukul 2.30 petang. Tapi sebelum balik, Alang dan Along nak kami berselfie-selfie dulu. Acara wajib katanya 😄. Ni lah hasilnya...
![]() |
Dewan Kuliah bertentang dengan Kolej kediaman |
Okeh, mungkin ramai yang bertanya apa tu program MDAB. Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) telah diilhamkan oleh Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar iaitu Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk membantu pelajar miskin yang pendapatan isirumah keluarga kurang dari RM4000 serta anak yatim yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian pra-diploma selama 6 bulan di UiTM setiap tahun. Yuran pengajian dan asrama ditanggung dan pelajar diberi elaun juga. UiTM menyediakan pra-diploma sains dan pra-diploma perdagangan bagi yang layak. Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
PRA DIPLOMA PERDAGANGAN
Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM:
PRA DIPLOMA SAINS
Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM:
DAN: Lulus Bahasa Inggeris
SERTA: Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
Pada yang berminat bolehlah klik link ni untuk download borang
Harap nukilan kali ini banyak memberi manfaat pada sahabat bloggers sekelian.
Sehingga di lain masa. Adios!

No comments:
Post a Comment