Thursday 9 October 2014

LIEBSTER AWARD: AWARD BLOG SAYA YANG PERTAMA



Hi frens!  Nak share story nih….pada 24 September bebaru ni  belog  I yang tak sampai setahun jagung ni telah dicalonkan untuk satu award namanya Liebster Award oleh blogger Tiera. Terkejut juga dengan pencalonan oleh  Tiera ni…Apapun  aku dapat kawan baru di alam blog  ni.  Thanks Tiera kerana menganugerahkan award ini! 


Jadi aku buat sikit homework nak tahu apa makna Liebster Award, sejarahnya dan apa peraturannya…. Ta daaa…ni lah yang aku jumpa…

 Award ini hanya wujud di alam maya dan  diberi kepada blogger oleh blogger yang lain.

Tujuan kewujudannya adalah untuk mencari blogger yang baru dan meraikan kehadiran mereka     dalam dunia berblog ini

  Liebster berasal daripada Bahasa German yang membawa beberapa maksud seperti ‘dearest’,              ‘sweetest’, ‘kindest’, ‘beloved’, ‘lovely’,‘sweetheart’, ‘welcome’ dan banyak lagi

 Award ini bertujuan untuk mempromosikan /memperkenalkan bloggers  kepada bloggers lain.            Dengan erti kata lain, meluaskan jaringan bloggers yang  baru berjinak-jinak dalam dunia blog

 Pilihan terletak ke atas blogger yang telah dicalonkan untuk award ini samada nak TERIMA dan        meneruskan niat yang baik ini (untuk berkenal-kenalan sesama bloggers) atau MENOLAK                  pencalonan ini.


PERATURAN RASMI PENERIMAAN AWARD


Sekiranya anda  memilih untuk MENERIMA Liebster Award ni, anda hendaklah menulis blog post tentang Liebster Award ni di mana anda perlu:

  1.  Mengucapkan terima kasih kepada orang yang tag blog anda dan post link blog  blogger tersebut ke dalam blog anda
  2. Displaykan Liebster Award ni dalam blog anda dengan meletakkanya ke dalam post anda atau display dengan menggunakan  widget atau gadget.(Cara terbaik save image di atas dalam computer anda dan upload dalam blog post).
  3. Jawab 11 soalan  yang telah disediakan oleh blogger yang tag anda.
  4. Tulis 11 fakta tentang diri anda yang anda nak share dengan blogger lain.
  5. Calonkan dan tag 11 blog yang anda rasa sesuai untuk terima award ini dan blogger tersebut mempunyai  kurang dari 1000 followers.
  6. Olah 11 soalan baru untuk dijawab oleh blogger yang di tag.
  7.  Senaraikan peraturan ini dalam post anda ( boleh copy paste dari sini)
  8.  Maklumkan bloggers  yang mereka telah dicalonkan Liebster Award ini dan sediakan link untuk mereka pergi ke post anda supaya mereka boleh mengetahui lebih lanjut tentang Award nih.






JAWAPAN KEPADA 11 SOALAN DARI TIERA


1.  Apa yang anda suka bawa dalam handbag bila anda keluar?
    Wet wipes/tissues.

 2.  Jenama lipstick kesukaan?
   Miyami (Cosway) tapi sekarang  dah tak pakai dah….

3.  Siapa idola dalam hidup anda selain Nabi Muhammad SAW?
     Siti Khadijah R.A. sebab dia adalah seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya, isteri                        yang penyayang, setia, bijak dan seorang ibu yang penyabar.

4.  Filem/cerita paling best yang anda suka? Kenapa?
     Ustaz mu tunggu aku datang.  Banyak mesej yang tersirat didalamnya.

5.  Suka tak jadi boss sendiri? Kalau ye kenapa dan kalau tak kenapa?
     Suka sesangat sebab kita boleh manage our time and family.

  6.  Kat mana nak shopping dress lawa-lawa ye?

 7.  Apa 5 sifat positif lagi terpuji yang ada pada diri anda?
i)                    Bertenang bila sen abis.
ii)                  Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
iii)                Sabar
iv)                Proaktif
v)                  Suka membantu mereka yang dalam kesusahan


     8.   Kalau MAS nak sponsor tiket percutian untuk anda, mana anda nak pilih dan siapa yang  anda            akan bawa?
     Fes, Maghribi dan saya akan bawa En. Hubby, mak dan kesemua anak2 saya.

9.  Ada tak apa-apa lafaz atau kata-kata yang tersimpan untuk diluahkan pada ibu ayah?
    Abah, uda rindukan abah. Terima kasih abah atas penat jerih mu membesarkanku. Mak, uda               sayang sangat kat Mak. Terima kasih Mak atas didikan, nasihat, pandangan dan  teguran Mak buat     Uda. Satu dunia dan seisinya tak dapat mengatasi pengorbanan Mak  dalam membesarkan kami           semua J

10.  Pakai handphone apa sekarang?
    Sony Experia M je…

11. Anda tengok jam sekarang pukul berapa, cuba beritahu apa yang anda nak dapat sekarang jugak         kalau boleh ditunaikan?
      Sekarang pukul 8.00 malam teringin nak makan Alaskan king crab yang mahal tu !


BEBERAPA FAKTA TENTANG SAYA YANG ANDA PERLU TAHU



  1. Seorang yang cintakan keamanan. Benci kepada peperangan.
  2. Ambil SPM dua kali pada tahun 1986 (Science Stream) dan 87( Art Stream)
  3. Serangga yang saya paling tak suka – Lipas
  4. Perkara yang saya paling benci ialah orang yang meludah merata-rata di tempat awam
  5. Saya bekerja sebagai pengurus di sebuah institusi pendidikan dan akan bersara dalam masa terdekat. Saya bakal bekerja sendiri.
  6. Tidak mudah marah
  7. Suka dan rindu  bau baby  especially yang baru lahir….sekarang ni yang bongsu dah tujuh tahun…dah tak baby dah…
  8. Suka berdating ngan En Hubby
  9. Seronok bila cuti sekolah….semua anak-anak berkumpul kat rumah….riuh rendah jadinya…
  10. Saya seorang yang pemalu.
  11. Saya seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

11 BLOG YANG MENJADI PILIHAN SAYA UNTUK LIEBSTER AWARD IALAH:



Sebuah blog yang harus disinggahi. Berkisarkan kehidupan dan kerinduan seorang ibu tunggal akan dua anak lelakinya. Sesiapa saja yang baca akan tersentuh naluri keibuannya.

Blog ini mencoretkan segala apa yang berlaku disekeliling kita dalam bahasa yang santai dan menarik. Coretan yang membuka minda dan menukar paradigma individu terhadap sesuatu isu menerusi pemerhatian, pengalaman dan pemikiran yang kritis.

Traveling on a Shoestring
Sebuah blog yang memuatkan pengalaman kehidupan seorang blogger yang suka mengembara dan berkongsi  maklumat tentang tempat makan yang sedap.


Blog yang berkisarkan pengalaman hidup seharian bersama anak-anak serta dunia pekerjaan.

Seorang rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan sepanjang hayat dan pakar motivasi. Blog beliau banyak mengandungi petua-petua melayu lama yang jarang sekali diamalkan dewasa ini. Sebagai contoh petua bagaimana menaikkan seri muka; melangsingkan tubuh dan bermacam lagi.

Sebuah blog  menarik yang mengupas tentang  isu-isu semasa, pengalaman percutian ditempat menarik seperti Bali, Jepun dan keletah kucing-kucing kesayangan.

Sebuah blog yang mencatatkan perjalanan seorang anak muda yang ingin dikenali sebagai Ibnu Batuttah Moden ke seerata dunia secara bajet. Amat menarik kupasannya.


   Blog ini menyediakan tutorial bagaimana nak letak button Join this site. Sungguh  informatif.

Blog photography yang mantap. Ada berbagai pakej disediakan. Tertarik dengan blog ni sebab gambarnya cantik-cantik ….sangat sesuai untuk bakal pengantin. Hmmm…boleh tempah untuk anak nanti.

Adik Del menceritakan percutian bajetnya ke Korea. Memang sempoi dan banyak gambarnya. Korea memang ada dalam list lawatan 2015. So..this blog amat bermanfaat bagi mereka yang nak dapatkan tips-tips bajet untuk bercuti

Haa…blog ni best jugak ada disediakan itinerary ke Korea  8 hari 7 Malam. Selain daripada tu Cik Tom ada menyediakan tutorial untuk blogger baru  macam aku nih…


11 SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH 11 CALON BLOGGER YANG SAYA TAG.

(Copy paste soalan-soalan ini dalam blog anda supaya mudah untuk anda menjawabnya.)


  1. Apa yang membuatkan anda tersenyum?
  2. Apa perkara pertama yang anda suka lakukan pada waktu pagi?
  3.  Adakah anda suka bertemu dengan orang baru?  Nyatakan sebabnya.
  4. Filem/Drama/Novel  apakah yang anda paling minat? Kenapa?
  5. Apakah perkara yang paling anda hargai dalam hidup anda?
  6.  Apakah post yang paling menarik dan paling  anda minati dalam blog anda? (sila beri link)
  7.  Bagaimana anda mendapatkan nama untuk blog anda?
  8. Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.
  9. Apakah tiga perkara yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
  10.  Jika sekiranya anda diberi pilihan untuk  tinggal dimana-mana sahaja didunia ini, dimanakah tempatnya dan kenapa?
  11. Siapakah sumber inspirasi anda?




Okeh rakan-rakan blogger sekelian, selamat menjawab soalan di atas ya! 

Can't wait to read your answers to the above questions :)


4 comments:

Unknown said...

Ahahaha...aduih pening nak pikiaq.

Unknown said...

Heheheh...Tak pa take your time...Haizal :)

Jari Manis said...

tahun 1986 dh ambil spm?..tapi JM tgk still nampak mudah lah...

Unknown said...

Heehehe.....malulah. Young at heart. :)