Assalamualaikum frens.... apa khabar semua? Maaf...agak terlewat meng 'update' Part 3 ni haa...almaklumlah sibuk meneelaah dan menyediakan bahan untuk mengajar untuk semester ni.. Apapun kepada kengkawan ku diluar sana yang baru (JM, Tiera) mahupun yang lama kenal khususnya Cik Legal, Azidah, Atie, Awien, Ila, Maria, Jay, Ieba , Greeny Home, Alin, Ummi Bilal, Sham, Uncle Jai, Azhan Hand, Iena dan semua kengkawan dalam bulatan gembira moh kita ikuti sambungan cerita dalam entri seterusnya....
Sambungan 27 Ogos 2014
Jam menunjukkan dah pukul 9.30 malam, since bilik kami takde tingkap terpaksalah En. Hubby pi turun ke bawah untuk pastikan hujan masih lebat, gerimis ker atau dah berhenti. Hati berbunga riang bila En. Hubby kata hujan dah renyai tak selebat tadi....So maksudnya bolehlah pi pasar malam Ben Thanh ni kalau tak bentan lah jadinya....
Kami pun bergerak menghala
ke destinasi yang dituju dalam keadaan hujan yang renyai…tetiba hujan menjadi
semakin lebat dah ler tak de payung…. Terpaksalah kami masuk ke lot-lot kedai
untuk berteduh sambil melihat kedai yang ada jual payung….Jumpa! Aku pun dengan
konfidennya bertanya harga menggunakan bahasa isyarat kepada nyonya yang jual
payung tu…Nyonya tu reply “big good quality…120000 VND (lebih kurang RM19)”.
Memang sesuai untuk pakai dua orang. Apa lagi aku pun cubalah bargain dari 120000
VND kepada 60000 VND….Nyonya tu jawab “No cheap..cheap. No sell” sambil
menghulurkan payung yang kecil sikit saiznya kepadaku…Aku jawab, “Not this
one…I want that one (minta yang tadi) 80000 VND”. “ No sell, no sell”, nyonya
tu balas dan simpan balik payungnya. Akhirnya kami redah je Pasar Ben Thanh tu
dalam hujan….
Inilah hasil dapatan
kami malam tu…..
Jam dah pun pukul 10.30 malam….perut En. Hubby dah
berkeroncong untuk supper. Kami pun singgah makan di kedai Hajah Basiroh minum
kopi ais dan teman En. Hubby makan Mee Pho pulak. Selesai supper maka
selesailah sudah aktiviti hari pertama di HCM nih….
28 Ogos 2014
Jam berdering
tepat pukul 4.33 pagi menandakan masuknya waktu Subuh…jadi kami bangun menunaikan
solat. Usai solat, kami pun bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar menghirup
udara pagi seawal pukul 5.30 pagi. Kelihatan warga tempatan sedang sibuk
mengemas kawasan sekitar dan menyapu dedaun yang bertebaran di atas jalan. Ada
penjaja kecil menjual sarapan dengan menyediakan meja dan kerusi plastic yang
bewarna warni bersaiz kecil untuk pengunjung yang singgah untuk bersarapan
dihadapan lot-lot kedai yang belum dibuka.
Yang menariknya
disini, rakyatnya digalakkan berniaga dan tiada gangguan dari ahli majlis
bandarannya. Penjaja-penjaja ini akan selesai menjaja pada pukul 8.30 pagi.
Waktu ini semua orang sudah masuk bekerja dipejabat, hotel, kedai dan
sebagainya. Jalan raya mula sibuk seawal
7.00 pagi.
Dah puas
bersiar-siar menghirup udara pagi kami pun pulang ke hotel tepat pukul 7.00 pagi untuk bersarapan. Aku pun
minta telur separuh masak dua biji…tapi yang sampai scramble egg….hmmm hentam
sajalah Labu… En. Hubby makan roti dengan kaya jer…bersama kopi panas. Selesai sarapan, kami pun menunggu untuk
menaiki bas pesiaran pada pukul 8.00 pagi ke Cu Chi Tunnel yang telah kami
tempah sehari sebelumya . Untuk makluman, seorang kena bayar 10 USD (tiket bas + tiket masuk ke Cu Chi Tunnel). Perjalanan memakan masa hampir sejam setengah.
Jaraknya adalah 60 km dari HCM.
Dalam bas kami
ditemani dengan seorang tour guide warga tempatan yang peramah dan
funny…namanya Mr. Joe (nama Vietnamnya tak hengat lak). Ada lebih kurang 20
orang didalam bas ni dari Italy, Filipina, USA, Germany, Thailand, New Zealand,
dan Malaysia. Dari JB Malaysia ialah kami dua orang dengan 6 remaja Cina.
Dalam
perjalanan kami singgah di Pusat
Kraftangan OKU ( VABE Handicapped Handicrafts Factory). Pusat ini mengambil
pekerja dari kalangan OKU mangsa agen orange semasa perang Vietnam dahulu.
Dengan cara ini, mereka dapat berdikari untuk menyara diri dan keluarga.
Hmm…masa sampai
di tempat ni tak teringat nak ambil gambar sebab terlalu asyik melihat para
pekerja OKU menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar, pasu,
kotak perhiasan dan sebagainya dari kulit telur itik, cengkerang dan kayu-kayu
terpakai. En. Hubby sempat rakam video jer…so sebahagian gambar di atas ni
dikreditkan kepada http://yapisland-yapisland.blogspot.com/
manakala selebihnya aku printscreen dari
video. Lepas tu kami pun dibawa oleh dayang-dayang ke bilik pameran hasil
tangan yang dah siap…Fulamak!!! Berpinar mata dibuatnya….santek-santek belaka
lukisannya…Ni lah yang dikatakan “unplanned shopping”…kami pun belilah 3 jenis
lukisan yang bersaiz ¾ dari kertas A4…regenya 20 USD setiap satu.
Perjalanan ke
Cu Chi Tunnel diteruskan. Lebih kurang 20 minit kemudian kami sampai ke
destinasi yang dituju…
Sesampai jer kami dibawa
oleh Mr Joe ke auditorium untuk melihat video dan mendengar taklimat berkaitan
bagaimana Cu Chi Tunnel dibina oleh kaum wanita dengan hanya menggunakan
pongkes dan cangkul kecil...betapa hebat dan besarnya sumbangan kaum hawa
di sana..
Selesai taklimat, kami
dibawa ke satu kawasan lapang yang hanya diliputi dedaun kering…apabila
diketepikan dedaun tersebut kita dapat lihat bukaan pintu masuk ke terowong
seluas kertas A4. Menurut Mr. Joe..orang-orang Vietnam waktu itu terlalu kurus dan
boleh membolosi lubang ini. Kami kemudian dibawa ke tempat masuk terowong yang
telah diubahsuai saiznya ke saiz A3….untuk
pelancong dari US, Eropah yang berbadan besar. Ramai rakan kami yang
berselfie di dalam lubang terowong tersebut…
Dah
puas berselfie kat tunnel entrance tu…kami pun di bawa ke satu tempat dimana terdapat sebuah Tank US
yang musnah disebabkan oleh periuk api.
Kami kemudian ke tempat jerangkap samar, ada pelbagai jenis jerangkap samar atau booby traps yang telah direka oleh Viet Cong untuk memerangkap tentera musuh. Di bawah ini adalah gambar sebahagiannya…

Mr Joe kemudiannya membawa kami untuk memasuki terowong sebenar... Setelah diberi taklimat tentang panjang terowong tersebut dan setiap 15 meter ada jalan keluarnya bagi mereka yang tak larat atau tak tahan panas atau tak tahan sempit...En. Hubby tetiba bersemangat untuk mencuba walaupun beliau sangat phobia dengan ruang yang sempit..Satu perkembangan yang bagus! Aku? Hmm...takpelah..terima kasih jer....Keadaan lutut tidak mengizinkan untuk merangkak terlalu lama...nanti krem jadinya. Cukuplah sekadar memberi moral support kat En. Hubby hehhehe...
![]() |
Ni je lah yang mampu aku buat ...Selfie kat tangga terowong jer :) |
Seperti dijangka ...En. Hubby keluar di exit yang pertama setelah mengalami sendiri pengalaman berada di dalam terowong sejauh 15 meter beserta dengan ramai rakan kami yang tak sanggup untuk meneruskan perjalanan...Cuma ada lebih kurang 5 orang anak-anak muda dari JB yang meneruskan cabaran hingga habis 200 meter jauhnya..
Seterusnya kami dibawa oleh Mr Joe untuk ke Lapang Sasar bagi mereka yang berminat untuk menembak menggunakan M16, AK47, atau mesingan. Dalam perjalanan ke situ, Mr. Joe menyinggah ke tempat membuat selipar getah untuk tentera Viet Cong...
Haa... ni lah rupa selipar getah tu. Ada cerita menarik yang dikongsi tentang selipar ni...
Menurut kata Mr Joe, para pejuang Vietnam ini memakai selipar getah ini secara terbalik sewaktu hari hujan.. Ini adalah untuk mengelirukan pihak musuh suupaya pihak musuh tidak dapat menjangka tempat persembunyian mereka...Cerdik kan!
![]() |
En. Hubby tengah beraksi dengan M16 |
Setelah itu perjalanan diteruskan ke lapang sasar...Sesampai jer disana boleh dikata hampir semua ahli kumpulan cuba untuk merasai sendiri pengalaman menembak.. En. Hubby memang minat menembak.. Apalagi...terus gi kat kaunter bayar 15 USD untuk 10 butir peluru...Wifey ni cuma jadi photographer je lah...
![]() |
Berganbar kenangan bersama Mr. Joe |
Last sekali kami dibawa ke dewan makan untuk makan ubi rebus bersama dengan kacang tumbuk bercili. Sedap pulak rasanya... Hmmm...berakhirlah sudah lawatan kami ke Cu Chi Tunnel nih...
Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.40 tengahari...Kami pun bergerak balik ke HCM...Apa aktiviti seterusnya? Tunggu......
Adios!