Hi frens…semoga berada dalam keadaan sihat wal’afiat
hendaknya. Haa….amacam…okay tak blogskin baru nih? ‘Terror’ kan mak jemah tukar
blogskin….hehheh ye lar tu…sebenarnya ni hasil kerjatangan anakanda yang
sulung.. Puteri Mardhiah. Tapi sambil dia buat tu kita belajarlah jugak
macamana nak cut paste coding HTML kat template….kalau setakat nak tukar corak
background tu …dah pandai ler. U olls are welcome to comment kat bawah tu
ya….just click kat comment dan komen je lar apa-apa. Okay …seperti biasa mari ikuti sambungan
aktiviti seterusnya di HCM nih….
Sambungan 28 Ogos 2014
Kami sampai di
HCM pukul 3.30 petang. Bergerak menuju ke Restoran Hajah Basiroh untuk makan
tengahari…sebab tadi waktu lunch kami cuma makan ubi rebus jer… Usai makan,
kami balik ke hotel untuk untuk solat
jamak takhir. Apa rancangan seterusnya ? En. Hubby ajak gi Saigon Square yang
letaknya tak jauh dari Ben Thanh Market. Kami bercadang untuk berjalan kaki
sahaja ke sana dengan berbekalkan map
yang diberi oleh pihak hotel. Lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki dan
melintas jalan- jalan yang penuh dengan penunggang motosikal (suspen betul bab
melintas jalan kat HCM nih) kami pun sampai ke Saigon Square ( 7-9
Ton Duc Thang Street, District 1).
![]() |
Berbekalkan peta yang diberi oleh hotel ni lah kami menjelajah HCM |
![]() |
(credit) |
Bermulalah
window shopping kami disini…Suasana disini agak tenang berbanding di Ben Thanh
Market…para peniaga tak lah sampai menarik tangan pelanggan untuk ke kedai
mereka seperti di Ben Thanh. Dari segi harga pulak, kita masih boleh tawar
menawar…Cuma harga barangan disini agak mahal berbanding ditempat lain dan
tempatnya berhawa dingin gitu. Yang pastinya bila dah balik ke Malaysia baru
tahu Saigon Square ni sebenarnya ada dua tempat dan yang kami pergi tu ialah
yang ke dua.
Sedang kami
scout around tetiba henfon berdering…rupanya my best friend Tisha dari UiTM
Arau Perlis ada kat HCM juga attending conference. Dia nak meet up malam ni…so
kami pun set nak pi jumpa kat Restoran
Kampung Melayu opposite Hjh Basiroh tu pukul 8.00 malam nanti. After one and a
half hours of window shopping…tak beli apa2 pun, kami bergerak balik ke hotel.
Sesampai di
hotel…fuh terasa nak tercabut kaki…dahlah tu terkena krem kat betis pulak.
Selepas dah berlunjur-lunjur kami pun freshen up dan solat jamak takdim waktu
Magrib. Pukul 7.45 malam kami bergerak menuju ke Restoran Kampung Melayu untuk
berjumpa ngan Tisha dan rakannya Lin. Lawak betul…kat Malaysia takde masa nak
jumpa boleh jumpa kat HCM ni plak.
Seronok
berjumpa best friend yang dah 3 tahun tak jumpa ni…macam2 cerita keluar. Kami
bersembang sampai tak ingat dunia…Lepas tu kami berdua pun bawalah diaorang
pusing kat Pasar Malam Ben Thanh ni…Alhamdulillah, cuaca malam ni baik je…bolehlah aku buat shopping last minit
untuk beli cenderahati buat rakan dan jiran…Kami singgah dari satu gerai ke
satu gerai sambil mengasah bakat tawar menawar dengan peniaga…Seronok gak.
Sambil tu ternampak brader jual kopi ais bergerak naik motor…teringat pesan
Awin supaya beli kopi ais tu sebab sedaap katanya. Awin suruh cari penjual kopi
bermotor yang berkopiah dan bernama Salleh….Tapi brader tu bukan Saleh dan tak
pakai kopiah..Puas kita usha brader Saleh x jumpa… yang kita jumpa hanyalah gambarnya....
![]() |
(credit) |
Kami pun beli
je lah kopi ais tu dengan harga 1 USD segelas…macamana rasanya? Pergh! Memang
sedap….lebih sedap dari kopi Hjh Basiroh atau Kampung Melayu…Dah habis minum….kita order lagi untuk bawa balik ke
hotel..
Esok pagi dah
nak balik…Tisha dan Lin stay kat HCM ni sampai 31 Ogos…
Hmm…selesai
sudah aktiviti untuk hari ni…
29 Ogos 2014
Pukul 4.30 pagi
kami dah bangun untuk solat subuh dan bersiap-siap untuk ke Airport dengan
menaiki teksi seawal jam 6.00 pagi.
Flight kami pukul 8.30 pagi. Hmm…percutian bajet tiga hari dua malam ni
memang best…walaupun penat sebab berjalan merata tapi seronok! Kami tak
berkesempatan untuk pi melawat Sg. Mekong dan Ha Long bay….Insya Allah…ada umur
kami akan dating lagi kat HCM nih…Berapa belanja sepanjang bercuti bajet di HCM
dan bagaimana itinerarinya….akan aku kongsikan di post lain. SELAMAT TINGGAL HO
CHI MINH!
Okeylah kengkawan..tamatlah sudah memori bermusafir ke HCM ni...Hingga bertemu lagi di post yang akan datang ya!!
Adios!
No comments:
Post a Comment