Monday 8 October 2018

RESIPI STEW DAGING ISTIMEWA TOK TIK


Assalamualaikum dan selamat malam bloggers semua. Harini kak Chaq nak story pasal  menu kegemaran kak chaq sejak kecil. Arwah nenek kak chaq namanya Tik binti Hashim, memang pakar memasak halwa maskat, dodol, kuih-muih traditional dan menu masakan barat juga seperti beef stew dan custard pudding.

BEEF STEW 
Dalam banyak-banyak resipi tu yang paling kak Chaq minat ialah beef stew yang  masa kecil dulu kak chaq  panggil 'bif stik'. Kak Chaq akan makan sepuas hati dan sebuku roti kak chaq boleh habis buat cicah dengan beef stew. Kak Chaq ni dulu kurus melidi tapi selera makan kus semangat!  Bila arwah nenek nak masak menu ni mesti kak chaq menyibuk kat dapur. Nak tolong apa yang patut. Dari situlah kak chaq belajar cara nak masak beef stew ni  dan tulis dalam buku  nota khas untuk resipi masa kak Chaq Form 5. Arwah nenek selalunya akan pilih bahagian daging batang pinang  kerana ianya mudah empuk dan lembut.

Kebiasaanya menu ini dihidangkan bila kami berkumpul sekeluarga sewaktu cuti hujung minggu atau cuti perayaan. Kalau nak buat selalu, parah lah juga sebab daging batang pinang ni mahal. Sekarang ni bila dah berkeluarga besar ni, lagilah.  Alhamdulillah, bila dah ada pressure cooker, nak buat beef stew tiap-tiap hari pun boleh sebab kita tak perlu guna daging batang pinang dah, masak guna daging biasa pun boleh.

Kebaikan menggunakan pressure cooker ni, daging mudah untuk jadi lembut dalam masa yang singkat berbanding dengan masak atas dapur cara biasa selalunya ambil masa 2 jam juga untuk tunggu daging empuk. Dengan pressure cooker, hanya perlukan 30 minit untuk melembutkan daging.

Okay, kak chaq kongsikan resipinya di bawah:

Bahan-bahannya
1 kilo daging lembu
2 biji telur
serbuk lada hitam/atau putih
6 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji tomato dipotong dadu
1 batang karot dipotong memanjang @ 1/2 peket baby carrot
1 tin kecil kacang peas
2 biji kentang dipotong wedges dan digoreng
3-4 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air
Daun bawang untuk hiasan
1 liter air
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan kicap manis
garam secukup rasa
Roti perancis atau roti buku

Caranya:

1. Daging dipotong nipis selebar 2-3 jari, kemudian diperap 5 minit dengan serbuk lada hitam @ lada putih. Selepas tu dicelup dalam telur yang dikacau dan digoreng sehingga warna bertukar kuning keemasan (tips: jangan goreng terlalu garing). Letakkan ke tepi sebentar

2. Tumis bawang putih dalam pressure cooker sehingga wangi dan tambahkan 1 liter air didalamnya. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalamnya..

3. Tutup pressure cooker dan setkan pressure regulator ke level dua untuk memasak daging dan masak atas api besar.

4. Setelah pressure cooker berbunyi dengan kuat menandakan ia telah mencapai tahap tekanan yang betul, kecilkan api dan setkan masa selama 30 minit.

5. Bila masa tamat, tutup api dan  gunakan teknik quick release, iaitu dengan meletakkan pressure regulator ke steam release level.

6. Selepas itu buka penutup pressure cooker dengan cermat. 

7. Masukkan tomato, baby carrot dan kentang wedges yang sudah digoreng terlebih dahulu.

8.Tambahkan sos tomato dan kicap manis kedalamnya dan kacang peas sekali

9. Kemudian tutup pressure cooker semula dan setkan pressure regulator ke level satu untuk melembutkan sayur dan masak atas api besar

10.Setelah pressure cooker berbunyi dengan kuat menandakan ia telah mencapai tahap tekanan yang betul, kecilkan api dan setkan masa selama 5 minit.

11. Ulangi langkah 5.

12 Akhir sekali masukkan daun bawang dan garam secukup rasa. Bolehlah dihidangkan

Untuk gambaran lebih jelas boleh lihat video dibawah:





Selamat mencuba ya! Bila dah cuba jangan lupa share diruangan komen tau!

Adios!


Saturday 29 September 2018

PENGALAMAN MENERIMA KUNJUNGAN MERISIK ANAK PEREMPUAN SULUNG KAMI






Sudah lama langsatnya condong
barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah

Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai ke mari?

Pergi memikat burung serindit
Singgah di Lenga membeli lokan
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman

Anyam jerami berbelang warna
Tengah berlubang lekang susunan
Bunga kami belum berpunya
Menanti kumbang hinggap di taman


Haa ...macamana dengan pantun merisik di atas? Hehehe....sebenarnya kak Chaq tak reti nak berpantun bagai. Ini adalah antara pantun yang digunakan satu ketika dulu untuk merisik anak dara orang. Pantun ini kak Chaq petik dari blog  http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html.

Mesti uolls tertanya-tanya kenapa kak chaq tetiba berminat dengan pantun ni kaan. Ada cerita disebaliknya. Anak kak chaq yang sulung Puteri Mardhiah (Along) pejam celik, pejam celik dah besar rupanya😆. Dah berumur 24 tahun dah. Tapi disebabkan badannya yang berketinggian 4 kaki 11 inci  dan bersaiz xs, kak chaq dan en.Hubby sentiasa rasa yang dia kecik lagi hahaha. 









Pada hari Selasa (18/9/18), Along bertanya hari Ahad (23/9/18) kak chaq dan En. Hubby ada program tak. Kami jawab hari Ahad tu free dan kami bertanya kenapa pada Along. Along maklumkan yang parents  Hanafi (kawan Along) nak datang ziarah. Kak Chaq tak terkejut sangat sebab ayah Hanafi memang officemate En. Hubby masa di Sony TV dulu. So kami ingat saja datang nak menyembang jaa. 

Things get a little bit fishy bila Along datang bagitau kat kak Chaq yang mak  Hanafi nak tau saiz jari manis Along. Aik! Nak bawa cincin ke? Haa...sudah, ni macam nak datang merisik nih. Maka bermulalah episod gelabah tahap gaban mama dan abah along. Macam tak caya pun ada juga. Lagi satu kak Chaq dengan En. Hubby ni memang jenis simple jer, tak reti nak beradat-adat nih. Nama jer duduk Negeri Sembilan tapi kami bukan orang nogori. En. Hubby asal Kedah dan Kak Chaq asal Shah Alam.

Setelah berbincang dengan En. Hubby, maka kami bersepakat untuk memudahkan proses merisik ni dengan hanya keluarga Hanafi dan Keluarga kami saja sebaik-baiknya mengikut syariat. Kami tak maklumkan pada saudara mara kami. Just go with the flow. Jadi kak Chaq dan  En. Hubby menjemput keluarga pihak lelaki untuk makan tengahari pada hari Ahad nanti. Sambil menghitung hari, En Hubby drafkan 10 perkara yang memang menjadi amalan seharian kami untuk dibawa bersembang nanti. Inilah dia kak Chaq sharekan:





Haa...itulah dia. Kami sekeluarga memang mengamalkan cara hidup yang sederhana sejak awal perkahwinan sehinggalah sekarang. Kak Chaq berbincang dengan  En. Hubby tentang menu makan tengahari yang nak disediakan. En. Hubby cadang buat nasi tomato dengan ayam masak merah. Kak Chaq on jer :) . After two three hours he changed his mind, dia habaq kat kak chaq kita masak nasi putih, lauk daging mask hitam pedas pak chaq dengan ikan siakap masak kerutup. Kk Chaq tanya kenapa tukar fikiran, dia kata sebab nanti tetamu terkejut pulak dijamu ngan nasi tomato ...macam formal sangat. Hmmm...kak chaq ikut jer hehhehe.

Masa berganti hari, waktu ditunggu pun tiba. Ikut perancangannya pihak lelaki akan datang bertiga Hanafi, ibu dan bapanya. Tapi firasat kak Chaq kuat mengatakan lebih dari tiga orang yang datang. Kak Chaq masak untuk 20 orang makan (termasuk family kak Chaq). Alhamdulillah, tetamu sampai tepat pada waktunya dan seramai 6 orang (Ibu dan Ayah Hanafi, abang Hanafi yang sulung bersama isterinya dan anaknya serta adik Hanafi yang bongsu). Anak-anak kak Chaq yang tadinya penuh diruang tamu dah hilang...tgh kelam kabut cari tudung. Lepas 10 minit bersembang baru depa semua turun bersalaman dengan tetamu. Kemudian kami pun menjemput Hanafi  dan keluarga untuk makan tengahari sekali. Alhamdulillah, rancak sungguh kami berbual. En. Hubby bersembang dengan sahabat seangkatannya di Sony dulu En. Uza'ar, mengimbau kisah-kisah lama semasa bekerja dengan bos Jepun di Sony. Kak Chaq pulak bersembang dengan Mama Hanafi  yang sangat ramah orangnya.



Setelah selesai makan tengahari, meja di bersihkan  dan dihidangkan dengan Caramel  beserta  Cheese kek yang dibawa oleh pihak lelaki sebagai 'dessert'. Usai berseloroh pasal kisah lampau, En Uza'ar pun memulakan bicara tentang hajat utama datang bertandang. En. Hubby pun beritahu yang anakandanya masih single dan sehubungan dengan itu beliau turut memaklumkan pada pihak lelaki yang kami tidak pandai beradat-adat. Apa yang  penting kami mahu memudahkan segala urusan yang baik ini. Maka mama Hanafi pun menghulurkan sebentuk cincin kepada kak chaq untuk dihadiahkan kepada Along. Mereka berhajat untuk mengadakan majlis bertunang pada bulan 12 nanti. Maka kami pun maklumkan bahawa kami tak buat majlis secara besar-besaran. Cukuplah hanya dua keluarga dan saudara terdekat sahaja yang hadir dan tiada berbalas dulang antara pihak lelaki dan perempuan.



Jika pihak lelaki nak bawa juga, kita terima sebagai hadiah kepada pihak perempuan sahaja. Kami benar-benar nak memudahkan. Apa yang penting pada waktu itu ialah perbincangan dua pihak mengenai tarikh yang dipersetujui untuk bernikah dan berapa lama masa untuk bertunang serta berapa jumlah hantaran dan mas kahwinnya. 

Alhamdulillah, pihak lelaki menerima baik cara kami. Hokey, uolls mesti nak tau macam mana Hanafi boleh kenal dengan Along. Ceritanya mereka memang kenal semasa belajar di Politeknik Ungku Omar lagi dalam jurusan senibina, satu kelas. Tapi Along cuma bertahan 3 semester sahaja lepas tu Along tarik diri dari Politeknik dan terus sambung pengajian di KUIS, Bangi dalam jurusan Islamic Finance. Manakala Hanafi meneruskan pengajian hingga selesai di Politeknik tu.

Hehhehe...gitewlah serba sedikit ceritanya. Berbalik kepada proses merisik ni, sekali lagi syukur kami dapat menghadapinya dengan baik. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga semasa majlis bertunang nanti. Amiiin






 Hokey, kak chaq berhenti di sini dulu ya. Insya Allah kita berjumpa di nukilan yang seterusnya. Adios!


Friday 31 August 2018

PENDAFTARAN PRA DIPLOMA UITM LENDU YANG PANTAS, MUDAH DAN EFISIEN!

Alhamdulillah syukur kehadratNya. Pada 26 Ogos 2018, kami telah menghantar puteri keempat kami, Puteri Najwa binti Aswadi (Alang) untuk mendaftar di UiTM Lendu bagi program Pra-Perdagangan. Bertolak seawal 8.30 pagi dari Senawang dan sampai di Lendu sekitar jam 9.30 pagi. Akak dan En. Hubby usha gerai makan sepanjang jalan  dari Alor Gajah ke Lendu, malangnya banyak gerai yang tutup. Kami teruskan je perjalanan, sebaik saja sampai di kampus, akak terpandang medan selera betul-betul setentang dengan pintu gerbang kampus. Apalagi...kami berhenti untuk sarapan dululah.


En. Hubby dan Alang order nasi lemak Ayam goreng, manakala akak, Along, Angah dan Acik order Roti canai  masing-masing sekeping. Servis cepat. Makanan pun sedap! Roti Canainya  lembut sangat, nyesal pulak order satu huhuhu. So ...akak tambah lagi satu😄. Dah selesai mengisi perut, kami pun masuklah ke kampus untuk mendaftar. Kami disambut oleh akak Guard yang manis dengan senyuman. Sejuk perut akak hehehe.  Lepas tu dikiri kanan jalan kelihatan  ramai pembantu Minggu Destinasi Siswa yang menjadi penunjuk arah dan sekaligus fasilitator program MDS ni. Jadi kami taklah tercari-cari tempat yang nak dituju. Selepas parking, kami terus ke dewan untuk pendaftaran dengan bantuan tunjuk arah dari pelajar senior yang bertugas.





Sesampai je di Dewan, para ibubapa diminta untuk tunggu di khemah yang disediakan sementara menunggu proses pendaftaran selesai. Tak sampai 15 minit, Alang dah keluar dewan. Katanya pendaftaran dah selesai dan kunci asrama pun telah diberikan. Next, kena pi asrama untuk simpan barang. The SHORTEST, FASTEST , EASIEST registration EVER! THUMBS UP UiTM Lendu👍👍👍. Berbeza dengan pengalaman mendaftar anak di IPT lain. Pukul 10.15 pagi pendaftaran program dan asrama selesai. Kami terus ke asrama yang di beri nama Kolej Tun Sabariah jauh di atas bukit tapi dekat dengan pintu  belakang UiTM. Ada 10 tingkat, Alang dapat tingkat 8. Asramanya berbentuk apartment 4 bilik, 1 bilik 2 pelajar. Kami dapat makluman yang Kolej ini masih baru lagi. Allahu, syukur. Bertuah Alang kali ni. 

Kolej Tun Sabariah


Along, Angah,Achik dan Alang










Achik kata "Sedapnya, Tilam Vono"

Kenapa akak kata bertuah? Haa....Alang ni sebelum dapat offer ke program Pra-Diploma ni, dia dah belajar di sebuah Kolej Islam swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Usuluddin peringkat Diploma. Selepas mendaftar, kami ingin menghantar Alang ke asrama tapi tidak dibenarkan. Kami diberitahu pihak kolej menyewa beberapa apartment untuk kegunaan pelajar. Agak pelik juga. Tapi tak apalah kami akur. Selepas kami balik, Alang menghantar beberapa gambar biliknya. Agak menyedihkan juga, ada 1 bilik tidak berfungsi, terdapat katil dan tilam yang lama dan lembap. Lampu kalimantang di  ruang dapur rosak. 

Selepas 2 bulan belajar,  dapat makluman dari pihak kolej yang asrama  hanya diberi waktu semester 1 sahaja pada pelajar baru, selepas itu pelajar kena menyewa rumah sendiri. Bayangkan menyewa rumah diKL kan mahal! Pada awalnya, pelajar dijanjikan dengan PTPTN  tetapi bila borang dihantar, PTPTN reject sebab kursus  Diploma Usuludin tiada MQA lagi. Sebelum ini pihak kolej mengatakan ada MQA. Kami dah rasa tertipu disini. Bila nak dekat exam, pelajar diminta bayar yuran penuh kalau tidak, pelajar akan di bar dari menduduki peperiksaan. En.Hubby terus hubungi pihak kolej agar dibenarkan Alang ambil periksa sebab sepatutnya PTPTN tak de masalah, yang bermasalah ialah kolej tersebut. Selepas perbincangan Alang dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester 1. Dipendekkan cerita, kami keluarkan Alang dari Kolej tersebut kerana bila nak masuk Semester 2 isu MQA masih tidak selesai,  bermakna kami terpaksa bayar yuran sebanyak RM5000 untuk Semester 1 dan 2, belum lagi ambil kira sewa rumah. Fuh! Tak mampu keluarga besar macam kami nak tanggung pengajiannya disana.

Akak dan En. Hubby mencadangkan agar Alang mohon pra diploma politeknik dan pra diploma UiTM dibawah program MDAB (Mengubah Destinasi Anak Bangsa). Alhamdulillah, akhirnya Alang mendapat tempat di UiTM Lendu. Kami doakan agar Alang  berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada akhir program pra nanti. Okeh ...dah tiba masanya nak ucapkan selamat tinggal kat Alang sebab program orientasi seterusnya akan bermula pada pukul 2.30 petang. Tapi sebelum balik, Alang dan Along nak kami berselfie-selfie dulu. Acara wajib katanya 😄. Ni lah hasilnya...








Dewan Kuliah bertentang dengan Kolej kediaman


 Okeh, mungkin ramai yang bertanya apa tu program MDAB.  Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) telah diilhamkan oleh Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar iaitu Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk membantu pelajar miskin yang pendapatan isirumah keluarga kurang dari RM4000 serta anak yatim yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian pra-diploma selama 6 bulan di UiTM setiap tahun. Yuran pengajian dan asrama ditanggung dan pelajar diberi elaun juga. UiTM menyediakan pra-diploma sains dan pra-diploma perdagangan bagi yang layak. Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

PRA DIPLOMA PERDAGANGAN
SYARAT AM UNIVERSITI:



  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.

  • DAN
  • Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)

  • SYARAT KHAS PROGRAM:
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris




  • PRA DIPLOMA SAINS
    SYARAT AM UNIVERSITI:



  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.

  • DAN
  • Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)

  • SYARAT KHAS PROGRAM:
  • Kepujian Matematik / Matematik Tambahan

  • DAN:
     Lulus Bahasa Inggeris

    SERTA:
     Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Tambahan

  • Pada  yang berminat bolehlah klik link ni untuk  download borang 

    Harap nukilan kali ini banyak memberi manfaat pada sahabat bloggers sekelian. 

    Sehingga di lain masa. Adios!








    Wednesday 29 August 2018

    RESEPI DAGING GORENG KUNYIT (TURMERIC BEEF) VERSI AKAK LER


    Salam sejahtera dan selamat petang rakan bloggers semua 😊. Hokeh,  harini akak nak share resipi daging goreng kunyit yang akak masak tengahari tadi. Ni memang feveret En.Hubby dan anak-anak. Meh akak lanje gambar jap.

    Daging Goreng Kunyit + Sambal Belacan + Sup Rebusan Daging
    Haa...Amacam? Terliuq tak? Hehhehe....takpe cara nak buat dia senang bangat dong! Akak dulu bab masak daging ni hanya tau daging masak kicap, daging masak kari ngan daging masak sup sempoi jer. Laa ni ....En. Hubby cakap jer dia teringin nak makan daging masak apa pun ...Insya Allah hakak dah boleh  buat dah. Apa susah ...google je resipi kat internet, follow  dan up jadi 😄. Untuk resipi daging goreng kunyit ni, masa first time abang teringin nak makan, akak rujuk resipi dari beberapa blog seperti EnyAbdullah.comFiza's Cooking dan Hairul.com. Alhamdulillah semuanya menjadi dan sedap. Lepas tu bila dah selalu buat akak ubah suai sikit ikut citarasa akak hehhehe contohnya akak bubuh sayur carot, brokoli kekadang bubuh bunga kubis atau kacang panjang dan daun salad sebagai tambahan.

    Okeh bahan-bahan untuk masak daging goreng kunyit ni adalah seperti berikut:

    Bahan2nya:

    1/2 kilo daging direbus hingga empuk
    2-3 inci kunyit hidup ditumbuk/diblender
    1 cawan air rebusan daging
    2 inci  halia hiris nipis
    3 ulas bawang putih hiris nipis
    2 ulas bawang besar di hiris
    1 batang karot potong memanjang dan 
    Brokoli direbus dgn garam
    Cili merah dihiris nipis
    Daun salad sebagai hiasan, tak letak pun takpe
    Minyak
    Garam secukup rasa

    Cara-caranya:


    1. Daging direbus sehingga empuk bersama 1 kiub daging
        knorr dan 2 sudu besar gula perang (kalau guna 
        pressure cooker 30 minit  jer. Atas dapur biasa api
        sederhana lebih kurang sejam)

    2. Toskan daging dan air rebusannya diketepikan.

    3. Panaskan kuali, masukkan daging, bersama secawan 
        air rebusan, kunyit hidup,kunyit serbuk, halia dan bawang putih.

    4.Masak sehingga airnya kering.Kemudian tuangkan
       minyak anggaran satu senduk dan goreng daging 
       bersama cili hiris dan bawang besar.

    5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan 
       goreng hingga agak garing.Kemudian untuk hiasan, 
       alaskan daun salad diatas pinggan hidang dan 
       letakkan daging goreng diatasnya. Sayur brokoli 
       dan sayur karot yang telah direbus bolehlah disusun
       atur disekeliling daging tadi. 


    Cara untuk memasaknya boleh tengok kat video nih :)



    Haa...adik-adik bloggers kesayangan akak, mudahkan  nak masak daging goreng kunyit ni. Cubalah! Kalau dah cuba, jangan lupa share pengalaman di ruangan komen ya! 





    Okeh, sehingga di lain nukilan. Adios!



    Monday 27 August 2018

    CERITA DI SEBALIK 18 - 08 -18

    Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat bloggers semua! Alhamdulillah harini tetiba datang idea untuk menulis. Alarm fon berbunyi menandakan dah pukul 4.30 pagi. Rasa macam ngantuk sangat lagi macam nak tidur balik je tapi tak boleh. Panas. Almaklum sekarang ni musim jerebu lagi terasa bahangnya walaupun di malam hari, tak torah (menentu) kita dibuatnya hehehe. Mata terkebil-kebil pandang siling. Terimbau kisah semalam Sabtu 18-08-18. Cantikkan tarikh ni? Ramai yang bernikah pada tarikh ni termasuklah anak saudara sulung sebelah suami. Ada cerita disebalik tarikh keramat nih...satgi akak sambung sebab nak pi bilas badan dulu. Tungguuu...


    Photo credit: Beautifulmosque.com
    Hokeh! Haa...barulah segar rasanya badan nih :) . Seminggu sebelum tarikh  18-08-18 ni, kakak ipar telefon en. hubby menjemput ke majlis pernikahan Firdaus (anak sulungnya) bertempat di Masjid Besi, Putrajaya. Jadi kami blok tarikh tu. Seperti biasa pada hari Jumaat, usai solat Maghrib berjemaah En. Hubby memaklumkan pada anak-anak bahawa Mak Long Ariza telah menjemput kami sekeluarga ke majlis nikah. Memandangkan kereta tak muat nak bawa semua anak-anak, mereka diminta supaya berbincang sesama sendiri secara adil dan saksama tentang siapa yang akan ikut kami ke majlis tu. Setelah kata putus dicapai, yang akan pergi join kami ke majlis ialah Atam Humaira, Ateh Insyiraah dan Ucu Jannah. Alhamdulillah.

    Kemudian En. Hubby dengan tegas bagitau esok tayar golek pukul 9 pagi! Siapa lambat tinggal. Haa..almaklumlah bekas ROTU (PALAPES)lah katakan. Selesai solat Isya', En. Hubby terus ke meja komputernya untuk 'recce' (tinjau) jalan menuju ke Masjid Besi dengan memandu secara maya menggunakan Street View di Google Map.



    7.50 pagi hantar Safiah ke sekolah sebab ada kelas tambahan, tapi sebelum tu singgah ke gerai nasi lemak untuk beli sarapan. lebih kurang 20 minit tunggu baru dapat nasi lemak. dah pukul 8.15, dup dap dup dap sebab tayar golek kul 9.00. sib baik dah mandi sebelum subuh tadi. sampai je dirumah kul 8.35 pagi. bergegas siapkan sarapan kemudian semua bersiap. Lepas tu En. Hubby dah jerit dah "Okay anak-anak, Jom bekfes ada lgi 10 minit kul 9 nih. Siapa lambat nnti tak sempat bekfes!".  Bergegas semua turun dan Ting!! semua dah ada kat meja. Semua bekfes dengan pantas, cuma akak ni ada satu masalah, biasanya lepas bekfes perut akan mula meragam. Akak dah risau. Tepat pukul 8.59 kami abih  makan nasi lemak sebungkus dan minum air seteguk dua. Semua pakat masuk dalam kereta. Kerisauan akak makin menjadi bila kereta mula bergerak perut ni dah start memulas! Aduh! Kat mana nak berhenti ni. Muka jadi berkerut memikirkan masalah negara. Nak cakap ngan En. Hubby takut kena marah. So kita pun tahan je lah dengan muka yang berkerut. En.Hubby buat lawak dan bersembang, akak tak join ...akak fokuskan minda mengawal otot perut supaya bersabar. En. Hubby perasan muka tension isteri dia. Dia tanya pasal apa tension ni...Akak terus habaq kata perut memulas. Dia respond, "Hmm... ni lah Mama awak. Kalau nak keluar berjalan je mesti sakit perut".


    Perjalanan mengambil masa 1 jam 15  minit dari Senawang ke Masjid Besi Putrajaya. Rasa lega tak terkira bila nampak masjid besi, sebab objektif utama adalah untuk ke tandas. Dari tempat parkir dah nampak kelibat kak Long sekeluarga di bahagian tepi masjid yang tertulis . En. Hubby berpesan nanti jangan lupa solat sunat masjid . Selepas bersalam-salaman dengan Mak, Adik, Kak Long dan anak-anak saudara semua, akak terus tanya depa tandas kat mana, depa jawab depa pun tak tau sebab ni baru first time datang. Adoyaii!. Takpelah...dah bagitau en Hubby kita nak cari Tandas. Level bawah tak nampak tanda2 ada tandas sebab takde signage langsung. Pi ke Level 1,  pun takde signage...menapaklah kami 4 beranak mencari tandas. Bila nampak aje kakak atau adik yang lalu disitu kami akan bertanya kat mana tandas. Jawapannya, mereka pun sedang mencari. Huhuhu...perut ni dah mula memulas ligat. teruskan berjalan ternampak tempat mangambil wudu' lelaki. Kami redah masuk baru nampak signage tandas wanita dan lelaki. Cuma tandas lelaki under construction. Nasib baik tandas wanita boleh guna, kalau tak ....


    Tengah seronok melepaskan hajat, telefon berdering sekuat alam. Masya Allah, siapalah pulak yang telefon tengah emergency nih. Akak buat bodoh je sehingga telefon berhenti berdering. Tengah sambung melepaskan hajat dengan aman telefon berdering lagi...uish kacau daun betul. Terpaksa bersuci sekejap dan pas telefon kat anak melalui bawah pintu supaya angkat call. Then sambung balik, boleh gitew?  Dah selesai, anak bagitau tadi En Hubby telefon tanya kami dimana sebab dia nak ajak kami ikut sekali ke dewan solat utama aras 2, dia risau kalau kami sesat.

    oklah Kak Long Abang Long Mak dan Adik dah gerak dulu. so En. Hubby menunggu kami dengan setia dan kami pun bergegaslah mencari lokasi majlis yang terletak di Level 2 Masjid seperti yang dimaklumkan kepada kami dalam whatsapp mesej.


    Majlis Nikah 18/8/18

    Masjid Besi Putrajaya

    10.30 am  berkumpul di perkarangan masjid (SahnA/SahnB)
    11.00 am   Sesi pernikahan bermula (tmpt nikah kiri/kanan berhampiran ruang solat utama level 2
    12.30 pm  Jamuan makan di kafeteria Hazny (kafe dikawasan perkarangan masjid)


    Kami sampai di lobi Level Satu masjid. Terjenguk jenguk mencari kelibat kak Long dan yang  lain memakai baju bertema biru cair, tak jumpa...so akak bagitau hubby mungkin mereka dah naik Level 2 kita masih di Level 1. Sedang kami  mencari arah untuk ke Level Dua masjid, terjumpa lif kami pun naik lif. Naik lif pun tak membantu sebab takde signage Dewan Solat utama dimana, dan sebagainya. So kita tekan butang lif no 3, yang pada andaian kami akan bawa ke  Level 2. Sampai je kami keluar jenguk ada ustaz tengah bagi kuliah agama. Tak nampak pun kelibat kak long dan keluarganya. Eh ...kat mana pulak sebenarnya majlis nih. Turun balik  pusing lagi mencari tanya  pada pegawai masjid yang baru duduk di tempat information kaunter yg sedari tadi kosong. Baru tau yang majlis akad nikah dibuat di Level 1 bukan Level 2. En Hubby kata "ok abang nak gi solat sunat masjid jap, satgi kita jumpa kat sini semula". Akak dan anak-anak pun naik ke ruang solat muslimah di Level 2 menunaikan solat sunat masjid.

    Pandangan Perkarangan Masjid dari Level 2 Ruang Solat Muslimah


    Usai solat  dapat call dari En. Hubby supaya turun dan terus ke sebelah kanan dewan solat utama kerana majlis hampir bermula katanya. Bergegas kami turun menuju ke ruang sebelah kanan dewan solat utama dan terdapat 3 atau 4 kelompok majlis akad nikah yang sedang berjalan pada waktu yang sama. Anak saudara kami kelihatan segak berpakaian baju melayu putih bersama pasangannya.








    Alhamdulillah. Selepas  setengah jam dengan sekali lafaz maka termeteri ikatan perkahwinan Firdaus dan Dila.


    Masjid sepatutnya menjadi tempat yang menenangkan dan memudahkan urusan  orang yang datang, tapi expectation kami terhadap masjid besi meleset. Masjid ini tak mesra alam untuk OKU dan warga emas. Antara puncanya kurangnya papan tanda, papan tanda sedia ada mengelirukan. Yang lelaki cari tandas tak jumpa sampai kanak2 lelaki yg dah tak tahan nak kencing depa kencing je kat tempat ambil wudhu. Ada ruang pakai kasut ada ruang takleh pakai kasut biasanya kasut diletakkan disekeliling masjid yang ni tak naik aras satu kena tanggal kasut, tapi bila jalan di kawasan pejalan kaki kena pakai kasut. Pening kepala akak, untuk warga emas seperti mak mertua akak dan birasnya lagilah pening.


    En Hubby lagi tadi cari tandas tak jumpa sebab yg sedia ada tutup pulak. Jadi terbantut nak solat sunat masjid. En Hubby kata lepas majlis baru nak cari tandas dan solat sunat. Selesai majlis kami diminta pergi ke kafe Hazni...ini pun satu kes lagi..takde papan arah ke cafe tersebut. Berpusing kita mencari. Pi tanya orang sana sini...Since kasut kami tinggal kat aras satu tadi kami terus jalan menghala ke kafe di tingkat bawah tanpa kasut. Rupa-rupanya kena pakai kasut. Dah patah balik pi amik kasut pulak. Dalam kekalutan tu, bapa mertua Kak Long saya  berumur 85 tahun hilang.

    Dia tak ikut kami ke kafe, dah panik cari dia. lepas 30 minit baru jumpa sedang tercari-cari kasutnya kat level 1. Allahu Akbar! En. Hubby tak puas hati jadi dia nak buat aduan pada pengurusan masjid, beliau berjumpa dengan penunjuk arah masjid yang duduk di bahagian pintu masuk masjid. Bila diajukan cadangan untuk penambahbaikan, pemuda tersebut mengatakan "ooh..maaf encik, saya bukan orang yang bertanggungjawab terima aduan encik, kalau nak buat aduan kena pi ke pejabat pengurusan masjid, tapi harini pejabat tutup." En Hubby kata tak bolehkah tolong sampaikan kepada pihak pengurusan masjid nanti sebagai penambahbaikan, pemuda tadi hanya sekadar mendengar saja. Tak proaktif langsung, kutlah nak tulis apa penambahbaikan yang dicadangkan supaya boleh diperpanjangkan kepada pengurusan masjid.


    Begitulah serba sedikit pengalaman yang kami lalui sepanjang kami berada di Masjid Besi. Kesimpulannya, sekadar pandangan, bagi yang hendak menjalankan majlis pernikahan di Masjid buatlah di masjid kariah yang terdekat. Walaupun tidak sebesar dan seindah Masjid Besi, tapi ianya memudahkan  urusan  kedua belah keluarga. Pihak pengurusan Masjid Besi perlulah lebih proaktif dalam menangani isu-isu yang berbangkit supaya ia memudahkan semua orang yang hadir untuk beribadah. Wallahu a'lam

    Sebelum melabuhkan tirai untuk harini akak lanje gambar anak-anak yang diambil sekitar masjid.








    Sehingga di lain nukilan. Adios!






    Monday 13 August 2018

    SETELAH LEBIH 4 TAHUN MENYEPI....

    Assalamualaikum & Selamat pagi semua!!! Dah 4 tahun rasanya tak berblog nih...windu plak kat kengkawan diluar sana. Berhabuk dah kita punya blog ni. Apakhabar Cik Legal, Azidah, Awien, Atie, mantan boss ~Dr. Halim, Shahilah, Jay, Maria dan rakan-rakan bloggers sekelian ~ Dayang Deno, JM, ...? Aku doakan kalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya :) Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ni..... Antaranya seperti dicatatkan dibawah ni:

    30 Oktober 2014
    Hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas sebagai pengurus Unit Bahasa Inggeris dan Program Persediaan di UTMSPACE ini. Setelah 8 tahun berkhidmat, maka aku memilih untuk melabuhkan tirai pada hari ini. Pilih? Ya kami diberi pilihan oleh syarikat untuk mengambil MSS atau meneruskan perkhidmatan di sini. MSS tu VSS ker? MSS bermaksud Mutual Separation Scheme yang dilaksanakan oleh sesebuah syarikat yang berhasrat untuk menutup satu bahagian sahaja dalam syarikat...jadi MSS di offer kepada staff di bahagian tersebut sahaja. Manakala VSS bermaksud Voluntary Separation Scheme dilaksanakan oleh syarikat yang offer kepada semua staff dalam syarikatnya.
    Selepas berfikir semasak-masaknya, memohon petunjuk dari Yang Esa, serta bermesyuarat dengan ahli keluarga....aku mengambil keputusan untuk menerima MSS nih...dan seterusnya menjadi surirumah sepenuh masa...hehehe
    Mak tak diberitahu awal tentang keputusan ni....sebab tak nak dia susah hati. Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Teaching profession masih lagi my passion cumanya this time aku jadi part-time teacher je untuk UTM. Insya Allah, rezeki aku Allah dah sediakan, cuma aku perlu ambil sahaja. Anak-anak risau juga...tapi aku bagitau kat diaorang rezeki itu dari Allah bukan dari makhluk. Alhamdulillah...mereka dapat menerimanya dengan baik.




    2 November 2014
    Bermulalah hidup ku sebagai part-time teacher -cum- full time housewife.....
    Seminggu aku mengajar 2 hari sahaja....iaitu hari Ahad dan Selasa. Memang rindu kat opis dan kawan2 tapi sekarang ada wassep group....terubat jugak lah rindu dihati nih... Setiap hari Ahad, biasanya aku akan join usrah di surau ofis...tapi hari ini dan beberapa Ahad yang akan datang, jadual aku telah penuh dengan pelbagai agenda keluarga.
    Pada hari-hari terakhir di ofis, aku bersembang dengan Cik Legal dibiliknya, dan mataku terpaku ke satu post-it-note berbentuk puisi dimemo boardnya:
    Anekdot: Diruang yang kosong itu....

    Kehilangan sering menimbulkan rasa kosong dalam hati.
    Kita sangka, kekosongan itu kekal maka kita meratapinya.
    Tapi sedikit yang kita tahu,
    kekosongan yang hadir menyediakan ruang
    dalam hati kita untuk sesuatu yang lebih baik.
    Allah Maha Besar, tatkala aku merasa kekosongan anekdot ini menyedarkan aku bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita merancang, tapi perancangan Allahlah yang terbaik.
    4-6 November

    Cuti sekolah belum mula lagi...tapi kitaorang dah mula bercuti bersama keluarga setelah merancang lebih dua minggu, aku dan en. hubby mengambil keputusan membawa anak-anak bercuti diluar waktu cuti sekolah kerana pada tarikh ini sajalah ksemua anak-anak dari kolej dan asrama ada dirumah....Kami sepakat bercuti ke Seri Mersig Resort Air Papan Mersing. En. hubby sewa HIACE dari MS Limo (RM 350 sehari selama 3 hari sewaan). The best holiday ever.... apa taknya resort tu tak de orang lain cuma kita-kita aje. Apalagi aku dan mak bawalah alatan untuk memasak disana.
    Anak-anak seronok sebab boleh mandi kolam dan mandi laut sekali... Haa..kat bawah  ni ialah gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian ini.


    They really enjoyed themselves! Sekarang ni, semua anak-anak sedang mencari masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama-sama lagi seperti ini. Apa taknya yang sulong tengah sibuk dengan praktikalnya di PNB, yang kedua dah bekerja di CTRM Melaka, yang ketiga dah bekerja di Bio Pro JB, manakala no empat sehingga sembilan sedang bergelut dengan dunia persekolahan masing-masing.


    Adios!