Hi
frens! Nak share story nih….pada 24
September bebaru ni belog I yang tak sampai setahun jagung ni telah
dicalonkan untuk satu award namanya Liebster Award oleh blogger Tiera. Terkejut
juga dengan pencalonan oleh Tiera ni…Apapun aku dapat kawan baru di alam
blog ni. Thanks Tiera kerana menganugerahkan award ini!
Jadi aku buat sikit homework nak tahu apa makna Liebster
Award, sejarahnya dan apa peraturannya…. Ta daaa…ni lah yang aku jumpa…
Award ini hanya wujud di
alam maya dan diberi kepada blogger oleh
blogger yang lain.
Tujuan kewujudannya adalah
untuk mencari blogger yang baru dan meraikan kehadiran mereka dalam dunia
berblog ini
Liebster berasal daripada Bahasa German yang membawa beberapa maksud seperti ‘dearest’, ‘sweetest’, ‘kindest’, ‘beloved’, ‘lovely’,‘sweetheart’, ‘welcome’ dan banyak lagi
Liebster berasal daripada Bahasa German yang membawa beberapa maksud seperti ‘dearest’, ‘sweetest’, ‘kindest’, ‘beloved’, ‘lovely’,‘sweetheart’, ‘welcome’ dan banyak lagi
Award ini bertujuan untuk
mempromosikan /memperkenalkan bloggers
kepada bloggers lain. Dengan erti kata lain, meluaskan jaringan bloggers
yang baru berjinak-jinak dalam dunia
blog
Pilihan terletak ke atas blogger yang telah dicalonkan untuk award ini samada nak TERIMA dan meneruskan niat yang baik ini (untuk berkenal-kenalan sesama bloggers) atau MENOLAK pencalonan ini.
Pilihan terletak ke atas blogger yang telah dicalonkan untuk award ini samada nak TERIMA dan meneruskan niat yang baik ini (untuk berkenal-kenalan sesama bloggers) atau MENOLAK pencalonan ini.
PERATURAN RASMI PENERIMAAN AWARD
Sekiranya anda
memilih untuk MENERIMA Liebster Award ni, anda hendaklah menulis blog
post tentang Liebster Award ni di mana anda perlu:
- Mengucapkan terima kasih kepada orang yang tag blog anda dan post link blog blogger tersebut ke dalam blog anda
- Displaykan Liebster Award ni dalam blog anda dengan meletakkanya ke dalam post anda atau display dengan menggunakan widget atau gadget.(Cara terbaik save image di atas dalam computer anda dan upload dalam blog post).
- Jawab 11 soalan yang telah disediakan oleh blogger yang tag anda.
- Tulis 11 fakta tentang diri anda yang anda nak share dengan blogger lain.
- Calonkan dan tag 11 blog yang anda rasa sesuai untuk terima award ini dan blogger tersebut mempunyai kurang dari 1000 followers.
- Olah 11 soalan baru untuk dijawab oleh blogger yang di tag.
- Senaraikan peraturan ini dalam post anda ( boleh copy paste dari sini)
- Maklumkan bloggers yang mereka telah dicalonkan Liebster Award ini dan sediakan link untuk mereka pergi ke post anda supaya mereka boleh mengetahui lebih lanjut tentang Award nih.
JAWAPAN KEPADA 11 SOALAN DARI TIERA
1. Apa yang anda suka bawa
dalam handbag bila anda keluar?
Wet wipes/tissues.
2. Jenama lipstick kesukaan?
Miyami (Cosway) tapi sekarang dah tak pakai dah….
3. Siapa idola dalam hidup
anda selain Nabi Muhammad SAW?
Siti Khadijah R.A. sebab dia adalah
seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya, isteri yang penyayang, setia,
bijak dan seorang ibu yang penyabar.
4. Filem/cerita paling best
yang anda suka? Kenapa?
Ustaz mu tunggu aku datang. Banyak mesej yang tersirat didalamnya.
5. Suka tak jadi boss sendiri?
Kalau ye kenapa dan kalau tak kenapa?
Suka sesangat sebab kita boleh manage
our time and family.
6. Kat mana nak shopping dress
lawa-lawa ye?
7. Apa 5 sifat positif lagi
terpuji yang ada pada diri anda?
i)
Bertenang bila sen
abis.
ii)
Sentiasa bersyukur
dengan apa yang ada
iii)
Sabar
iv)
Proaktif
v)
Suka membantu mereka
yang dalam kesusahan
8. Kalau MAS nak sponsor tiket
percutian untuk anda, mana anda nak pilih dan siapa yang anda akan bawa?
Fes, Maghribi dan saya akan bawa En.
Hubby, mak dan kesemua anak2 saya.
9. Ada tak apa-apa lafaz atau
kata-kata yang tersimpan untuk diluahkan pada ibu ayah?
Abah, uda rindukan abah. Terima kasih
abah atas penat jerih mu membesarkanku. Mak, uda sayang sangat kat Mak. Terima
kasih Mak atas didikan, nasihat, pandangan dan teguran Mak buat Uda. Satu dunia
dan seisinya tak dapat mengatasi pengorbanan Mak dalam membesarkan kami semua J
10. Pakai handphone apa
sekarang?
Sony Experia M je…
11. Anda tengok jam sekarang
pukul berapa, cuba beritahu apa yang anda nak dapat sekarang jugak kalau boleh
ditunaikan?
Sekarang pukul 8.00 malam teringin nak
makan Alaskan king crab yang mahal tu !
BEBERAPA FAKTA TENTANG SAYA YANG ANDA PERLU TAHU
- Seorang yang cintakan keamanan. Benci kepada peperangan.
- Ambil SPM dua kali pada tahun 1986 (Science Stream) dan 87( Art Stream)
- Serangga yang saya paling tak suka – Lipas
- Perkara yang saya paling benci ialah orang yang meludah merata-rata di tempat awam
- Saya bekerja sebagai pengurus di sebuah institusi pendidikan dan akan bersara dalam masa terdekat. Saya bakal bekerja sendiri.
- Tidak mudah marah
- Suka dan rindu bau baby especially yang baru lahir….sekarang ni yang bongsu dah tujuh tahun…dah tak baby dah…
- Suka berdating ngan En Hubby
- Seronok bila cuti sekolah….semua anak-anak berkumpul kat rumah….riuh rendah jadinya…
- Saya seorang yang pemalu.
- Saya seorang yang ringkas dan tidak cerewet.
11 BLOG YANG MENJADI PILIHAN SAYA UNTUK LIEBSTER AWARD IALAH:
Sebuah blog
yang harus disinggahi. Berkisarkan kehidupan dan kerinduan seorang ibu tunggal
akan dua anak lelakinya. Sesiapa saja yang baca akan tersentuh naluri
keibuannya.
Blog ini
mencoretkan segala apa yang berlaku disekeliling kita dalam bahasa yang santai
dan menarik. Coretan yang membuka minda dan menukar paradigma individu terhadap
sesuatu isu menerusi pemerhatian, pengalaman dan pemikiran yang kritis.
Traveling on a Shoestring
Sebuah blog yang memuatkan pengalaman kehidupan seorang blogger yang suka mengembara dan berkongsi maklumat tentang tempat makan yang sedap.
Blog yang berkisarkan pengalaman
hidup seharian bersama anak-anak serta dunia pekerjaan.
Seorang rakan seperjuangan dalam
bidang pendidikan sepanjang hayat dan pakar motivasi. Blog beliau banyak
mengandungi petua-petua melayu lama yang jarang sekali diamalkan dewasa ini.
Sebagai contoh petua bagaimana menaikkan seri muka; melangsingkan tubuh dan
bermacam lagi.
Sebuah blog menarik yang mengupas tentang isu-isu semasa, pengalaman percutian ditempat
menarik seperti Bali, Jepun dan keletah kucing-kucing kesayangan.
Sebuah blog yang mencatatkan
perjalanan seorang anak muda yang ingin dikenali sebagai Ibnu Batuttah Moden ke
seerata dunia secara bajet. Amat menarik kupasannya.
Blog ini menyediakan tutorial bagaimana nak letak button Join this site. Sungguh informatif.
Blog photography yang mantap. Ada
berbagai pakej disediakan. Tertarik dengan blog ni sebab gambarnya
cantik-cantik ….sangat sesuai untuk bakal pengantin. Hmmm…boleh tempah untuk
anak nanti.
Adik Del menceritakan percutian
bajetnya ke Korea. Memang sempoi dan banyak gambarnya. Korea memang ada dalam
list lawatan 2015. So..this blog amat bermanfaat bagi mereka yang nak dapatkan
tips-tips bajet untuk bercuti
Haa…blog ni best jugak ada
disediakan itinerary ke Korea 8 hari 7
Malam. Selain daripada tu Cik Tom ada menyediakan tutorial untuk blogger
baru macam aku nih…
11 SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH 11 CALON BLOGGER YANG SAYA TAG.
(Copy paste soalan-soalan ini dalam blog anda supaya mudah untuk anda menjawabnya.)- Apa yang membuatkan anda tersenyum?
- Apa perkara pertama yang anda suka lakukan pada waktu pagi?
- Adakah anda suka bertemu dengan orang baru? Nyatakan sebabnya.
- Filem/Drama/Novel apakah yang anda paling minat? Kenapa?
- Apakah perkara yang paling anda hargai dalam hidup anda?
- Apakah post yang paling menarik dan paling anda minati dalam blog anda? (sila beri link)
- Bagaimana anda mendapatkan nama untuk blog anda?
- Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.
- Apakah tiga perkara yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
- Jika sekiranya anda diberi pilihan untuk tinggal dimana-mana sahaja didunia ini, dimanakah tempatnya dan kenapa?
- Siapakah sumber inspirasi anda?
Okeh rakan-rakan blogger sekelian, selamat menjawab soalan di atas ya!