Monday 27 August 2018

CERITA DI SEBALIK 18 - 08 -18

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat bloggers semua! Alhamdulillah harini tetiba datang idea untuk menulis. Alarm fon berbunyi menandakan dah pukul 4.30 pagi. Rasa macam ngantuk sangat lagi macam nak tidur balik je tapi tak boleh. Panas. Almaklum sekarang ni musim jerebu lagi terasa bahangnya walaupun di malam hari, tak torah (menentu) kita dibuatnya hehehe. Mata terkebil-kebil pandang siling. Terimbau kisah semalam Sabtu 18-08-18. Cantikkan tarikh ni? Ramai yang bernikah pada tarikh ni termasuklah anak saudara sulung sebelah suami. Ada cerita disebalik tarikh keramat nih...satgi akak sambung sebab nak pi bilas badan dulu. Tungguuu...


Photo credit: Beautifulmosque.com
Hokeh! Haa...barulah segar rasanya badan nih :) . Seminggu sebelum tarikh  18-08-18 ni, kakak ipar telefon en. hubby menjemput ke majlis pernikahan Firdaus (anak sulungnya) bertempat di Masjid Besi, Putrajaya. Jadi kami blok tarikh tu. Seperti biasa pada hari Jumaat, usai solat Maghrib berjemaah En. Hubby memaklumkan pada anak-anak bahawa Mak Long Ariza telah menjemput kami sekeluarga ke majlis nikah. Memandangkan kereta tak muat nak bawa semua anak-anak, mereka diminta supaya berbincang sesama sendiri secara adil dan saksama tentang siapa yang akan ikut kami ke majlis tu. Setelah kata putus dicapai, yang akan pergi join kami ke majlis ialah Atam Humaira, Ateh Insyiraah dan Ucu Jannah. Alhamdulillah.

Kemudian En. Hubby dengan tegas bagitau esok tayar golek pukul 9 pagi! Siapa lambat tinggal. Haa..almaklumlah bekas ROTU (PALAPES)lah katakan. Selesai solat Isya', En. Hubby terus ke meja komputernya untuk 'recce' (tinjau) jalan menuju ke Masjid Besi dengan memandu secara maya menggunakan Street View di Google Map.



7.50 pagi hantar Safiah ke sekolah sebab ada kelas tambahan, tapi sebelum tu singgah ke gerai nasi lemak untuk beli sarapan. lebih kurang 20 minit tunggu baru dapat nasi lemak. dah pukul 8.15, dup dap dup dap sebab tayar golek kul 9.00. sib baik dah mandi sebelum subuh tadi. sampai je dirumah kul 8.35 pagi. bergegas siapkan sarapan kemudian semua bersiap. Lepas tu En. Hubby dah jerit dah "Okay anak-anak, Jom bekfes ada lgi 10 minit kul 9 nih. Siapa lambat nnti tak sempat bekfes!".  Bergegas semua turun dan Ting!! semua dah ada kat meja. Semua bekfes dengan pantas, cuma akak ni ada satu masalah, biasanya lepas bekfes perut akan mula meragam. Akak dah risau. Tepat pukul 8.59 kami abih  makan nasi lemak sebungkus dan minum air seteguk dua. Semua pakat masuk dalam kereta. Kerisauan akak makin menjadi bila kereta mula bergerak perut ni dah start memulas! Aduh! Kat mana nak berhenti ni. Muka jadi berkerut memikirkan masalah negara. Nak cakap ngan En. Hubby takut kena marah. So kita pun tahan je lah dengan muka yang berkerut. En.Hubby buat lawak dan bersembang, akak tak join ...akak fokuskan minda mengawal otot perut supaya bersabar. En. Hubby perasan muka tension isteri dia. Dia tanya pasal apa tension ni...Akak terus habaq kata perut memulas. Dia respond, "Hmm... ni lah Mama awak. Kalau nak keluar berjalan je mesti sakit perut".


Perjalanan mengambil masa 1 jam 15  minit dari Senawang ke Masjid Besi Putrajaya. Rasa lega tak terkira bila nampak masjid besi, sebab objektif utama adalah untuk ke tandas. Dari tempat parkir dah nampak kelibat kak Long sekeluarga di bahagian tepi masjid yang tertulis . En. Hubby berpesan nanti jangan lupa solat sunat masjid . Selepas bersalam-salaman dengan Mak, Adik, Kak Long dan anak-anak saudara semua, akak terus tanya depa tandas kat mana, depa jawab depa pun tak tau sebab ni baru first time datang. Adoyaii!. Takpelah...dah bagitau en Hubby kita nak cari Tandas. Level bawah tak nampak tanda2 ada tandas sebab takde signage langsung. Pi ke Level 1,  pun takde signage...menapaklah kami 4 beranak mencari tandas. Bila nampak aje kakak atau adik yang lalu disitu kami akan bertanya kat mana tandas. Jawapannya, mereka pun sedang mencari. Huhuhu...perut ni dah mula memulas ligat. teruskan berjalan ternampak tempat mangambil wudu' lelaki. Kami redah masuk baru nampak signage tandas wanita dan lelaki. Cuma tandas lelaki under construction. Nasib baik tandas wanita boleh guna, kalau tak ....


Tengah seronok melepaskan hajat, telefon berdering sekuat alam. Masya Allah, siapalah pulak yang telefon tengah emergency nih. Akak buat bodoh je sehingga telefon berhenti berdering. Tengah sambung melepaskan hajat dengan aman telefon berdering lagi...uish kacau daun betul. Terpaksa bersuci sekejap dan pas telefon kat anak melalui bawah pintu supaya angkat call. Then sambung balik, boleh gitew?  Dah selesai, anak bagitau tadi En Hubby telefon tanya kami dimana sebab dia nak ajak kami ikut sekali ke dewan solat utama aras 2, dia risau kalau kami sesat.

oklah Kak Long Abang Long Mak dan Adik dah gerak dulu. so En. Hubby menunggu kami dengan setia dan kami pun bergegaslah mencari lokasi majlis yang terletak di Level 2 Masjid seperti yang dimaklumkan kepada kami dalam whatsapp mesej.


Majlis Nikah 18/8/18

Masjid Besi Putrajaya

10.30 am  berkumpul di perkarangan masjid (SahnA/SahnB)
11.00 am   Sesi pernikahan bermula (tmpt nikah kiri/kanan berhampiran ruang solat utama level 2
12.30 pm  Jamuan makan di kafeteria Hazny (kafe dikawasan perkarangan masjid)


Kami sampai di lobi Level Satu masjid. Terjenguk jenguk mencari kelibat kak Long dan yang  lain memakai baju bertema biru cair, tak jumpa...so akak bagitau hubby mungkin mereka dah naik Level 2 kita masih di Level 1. Sedang kami  mencari arah untuk ke Level Dua masjid, terjumpa lif kami pun naik lif. Naik lif pun tak membantu sebab takde signage Dewan Solat utama dimana, dan sebagainya. So kita tekan butang lif no 3, yang pada andaian kami akan bawa ke  Level 2. Sampai je kami keluar jenguk ada ustaz tengah bagi kuliah agama. Tak nampak pun kelibat kak long dan keluarganya. Eh ...kat mana pulak sebenarnya majlis nih. Turun balik  pusing lagi mencari tanya  pada pegawai masjid yang baru duduk di tempat information kaunter yg sedari tadi kosong. Baru tau yang majlis akad nikah dibuat di Level 1 bukan Level 2. En Hubby kata "ok abang nak gi solat sunat masjid jap, satgi kita jumpa kat sini semula". Akak dan anak-anak pun naik ke ruang solat muslimah di Level 2 menunaikan solat sunat masjid.

Pandangan Perkarangan Masjid dari Level 2 Ruang Solat Muslimah


Usai solat  dapat call dari En. Hubby supaya turun dan terus ke sebelah kanan dewan solat utama kerana majlis hampir bermula katanya. Bergegas kami turun menuju ke ruang sebelah kanan dewan solat utama dan terdapat 3 atau 4 kelompok majlis akad nikah yang sedang berjalan pada waktu yang sama. Anak saudara kami kelihatan segak berpakaian baju melayu putih bersama pasangannya.








Alhamdulillah. Selepas  setengah jam dengan sekali lafaz maka termeteri ikatan perkahwinan Firdaus dan Dila.


Masjid sepatutnya menjadi tempat yang menenangkan dan memudahkan urusan  orang yang datang, tapi expectation kami terhadap masjid besi meleset. Masjid ini tak mesra alam untuk OKU dan warga emas. Antara puncanya kurangnya papan tanda, papan tanda sedia ada mengelirukan. Yang lelaki cari tandas tak jumpa sampai kanak2 lelaki yg dah tak tahan nak kencing depa kencing je kat tempat ambil wudhu. Ada ruang pakai kasut ada ruang takleh pakai kasut biasanya kasut diletakkan disekeliling masjid yang ni tak naik aras satu kena tanggal kasut, tapi bila jalan di kawasan pejalan kaki kena pakai kasut. Pening kepala akak, untuk warga emas seperti mak mertua akak dan birasnya lagilah pening.


En Hubby lagi tadi cari tandas tak jumpa sebab yg sedia ada tutup pulak. Jadi terbantut nak solat sunat masjid. En Hubby kata lepas majlis baru nak cari tandas dan solat sunat. Selesai majlis kami diminta pergi ke kafe Hazni...ini pun satu kes lagi..takde papan arah ke cafe tersebut. Berpusing kita mencari. Pi tanya orang sana sini...Since kasut kami tinggal kat aras satu tadi kami terus jalan menghala ke kafe di tingkat bawah tanpa kasut. Rupa-rupanya kena pakai kasut. Dah patah balik pi amik kasut pulak. Dalam kekalutan tu, bapa mertua Kak Long saya  berumur 85 tahun hilang.

Dia tak ikut kami ke kafe, dah panik cari dia. lepas 30 minit baru jumpa sedang tercari-cari kasutnya kat level 1. Allahu Akbar! En. Hubby tak puas hati jadi dia nak buat aduan pada pengurusan masjid, beliau berjumpa dengan penunjuk arah masjid yang duduk di bahagian pintu masuk masjid. Bila diajukan cadangan untuk penambahbaikan, pemuda tersebut mengatakan "ooh..maaf encik, saya bukan orang yang bertanggungjawab terima aduan encik, kalau nak buat aduan kena pi ke pejabat pengurusan masjid, tapi harini pejabat tutup." En Hubby kata tak bolehkah tolong sampaikan kepada pihak pengurusan masjid nanti sebagai penambahbaikan, pemuda tadi hanya sekadar mendengar saja. Tak proaktif langsung, kutlah nak tulis apa penambahbaikan yang dicadangkan supaya boleh diperpanjangkan kepada pengurusan masjid.


Begitulah serba sedikit pengalaman yang kami lalui sepanjang kami berada di Masjid Besi. Kesimpulannya, sekadar pandangan, bagi yang hendak menjalankan majlis pernikahan di Masjid buatlah di masjid kariah yang terdekat. Walaupun tidak sebesar dan seindah Masjid Besi, tapi ianya memudahkan  urusan  kedua belah keluarga. Pihak pengurusan Masjid Besi perlulah lebih proaktif dalam menangani isu-isu yang berbangkit supaya ia memudahkan semua orang yang hadir untuk beribadah. Wallahu a'lam

Sebelum melabuhkan tirai untuk harini akak lanje gambar anak-anak yang diambil sekitar masjid.








Sehingga di lain nukilan. Adios!