Saturday 29 September 2018

PENGALAMAN MENERIMA KUNJUNGAN MERISIK ANAK PEREMPUAN SULUNG KAMI






Sudah lama langsatnya condong
barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah

Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai ke mari?

Pergi memikat burung serindit
Singgah di Lenga membeli lokan
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman

Anyam jerami berbelang warna
Tengah berlubang lekang susunan
Bunga kami belum berpunya
Menanti kumbang hinggap di taman


Haa ...macamana dengan pantun merisik di atas? Hehehe....sebenarnya kak Chaq tak reti nak berpantun bagai. Ini adalah antara pantun yang digunakan satu ketika dulu untuk merisik anak dara orang. Pantun ini kak Chaq petik dari blog  http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html.

Mesti uolls tertanya-tanya kenapa kak chaq tetiba berminat dengan pantun ni kaan. Ada cerita disebaliknya. Anak kak chaq yang sulung Puteri Mardhiah (Along) pejam celik, pejam celik dah besar rupanya😆. Dah berumur 24 tahun dah. Tapi disebabkan badannya yang berketinggian 4 kaki 11 inci  dan bersaiz xs, kak chaq dan en.Hubby sentiasa rasa yang dia kecik lagi hahaha. 









Pada hari Selasa (18/9/18), Along bertanya hari Ahad (23/9/18) kak chaq dan En. Hubby ada program tak. Kami jawab hari Ahad tu free dan kami bertanya kenapa pada Along. Along maklumkan yang parents  Hanafi (kawan Along) nak datang ziarah. Kak Chaq tak terkejut sangat sebab ayah Hanafi memang officemate En. Hubby masa di Sony TV dulu. So kami ingat saja datang nak menyembang jaa. 

Things get a little bit fishy bila Along datang bagitau kat kak Chaq yang mak  Hanafi nak tau saiz jari manis Along. Aik! Nak bawa cincin ke? Haa...sudah, ni macam nak datang merisik nih. Maka bermulalah episod gelabah tahap gaban mama dan abah along. Macam tak caya pun ada juga. Lagi satu kak Chaq dengan En. Hubby ni memang jenis simple jer, tak reti nak beradat-adat nih. Nama jer duduk Negeri Sembilan tapi kami bukan orang nogori. En. Hubby asal Kedah dan Kak Chaq asal Shah Alam.

Setelah berbincang dengan En. Hubby, maka kami bersepakat untuk memudahkan proses merisik ni dengan hanya keluarga Hanafi dan Keluarga kami saja sebaik-baiknya mengikut syariat. Kami tak maklumkan pada saudara mara kami. Just go with the flow. Jadi kak Chaq dan  En. Hubby menjemput keluarga pihak lelaki untuk makan tengahari pada hari Ahad nanti. Sambil menghitung hari, En Hubby drafkan 10 perkara yang memang menjadi amalan seharian kami untuk dibawa bersembang nanti. Inilah dia kak Chaq sharekan:





Haa...itulah dia. Kami sekeluarga memang mengamalkan cara hidup yang sederhana sejak awal perkahwinan sehinggalah sekarang. Kak Chaq berbincang dengan  En. Hubby tentang menu makan tengahari yang nak disediakan. En. Hubby cadang buat nasi tomato dengan ayam masak merah. Kak Chaq on jer :) . After two three hours he changed his mind, dia habaq kat kak chaq kita masak nasi putih, lauk daging mask hitam pedas pak chaq dengan ikan siakap masak kerutup. Kk Chaq tanya kenapa tukar fikiran, dia kata sebab nanti tetamu terkejut pulak dijamu ngan nasi tomato ...macam formal sangat. Hmmm...kak chaq ikut jer hehhehe.

Masa berganti hari, waktu ditunggu pun tiba. Ikut perancangannya pihak lelaki akan datang bertiga Hanafi, ibu dan bapanya. Tapi firasat kak Chaq kuat mengatakan lebih dari tiga orang yang datang. Kak Chaq masak untuk 20 orang makan (termasuk family kak Chaq). Alhamdulillah, tetamu sampai tepat pada waktunya dan seramai 6 orang (Ibu dan Ayah Hanafi, abang Hanafi yang sulung bersama isterinya dan anaknya serta adik Hanafi yang bongsu). Anak-anak kak Chaq yang tadinya penuh diruang tamu dah hilang...tgh kelam kabut cari tudung. Lepas 10 minit bersembang baru depa semua turun bersalaman dengan tetamu. Kemudian kami pun menjemput Hanafi  dan keluarga untuk makan tengahari sekali. Alhamdulillah, rancak sungguh kami berbual. En. Hubby bersembang dengan sahabat seangkatannya di Sony dulu En. Uza'ar, mengimbau kisah-kisah lama semasa bekerja dengan bos Jepun di Sony. Kak Chaq pulak bersembang dengan Mama Hanafi  yang sangat ramah orangnya.



Setelah selesai makan tengahari, meja di bersihkan  dan dihidangkan dengan Caramel  beserta  Cheese kek yang dibawa oleh pihak lelaki sebagai 'dessert'. Usai berseloroh pasal kisah lampau, En Uza'ar pun memulakan bicara tentang hajat utama datang bertandang. En. Hubby pun beritahu yang anakandanya masih single dan sehubungan dengan itu beliau turut memaklumkan pada pihak lelaki yang kami tidak pandai beradat-adat. Apa yang  penting kami mahu memudahkan segala urusan yang baik ini. Maka mama Hanafi pun menghulurkan sebentuk cincin kepada kak chaq untuk dihadiahkan kepada Along. Mereka berhajat untuk mengadakan majlis bertunang pada bulan 12 nanti. Maka kami pun maklumkan bahawa kami tak buat majlis secara besar-besaran. Cukuplah hanya dua keluarga dan saudara terdekat sahaja yang hadir dan tiada berbalas dulang antara pihak lelaki dan perempuan.



Jika pihak lelaki nak bawa juga, kita terima sebagai hadiah kepada pihak perempuan sahaja. Kami benar-benar nak memudahkan. Apa yang penting pada waktu itu ialah perbincangan dua pihak mengenai tarikh yang dipersetujui untuk bernikah dan berapa lama masa untuk bertunang serta berapa jumlah hantaran dan mas kahwinnya. 

Alhamdulillah, pihak lelaki menerima baik cara kami. Hokey, uolls mesti nak tau macam mana Hanafi boleh kenal dengan Along. Ceritanya mereka memang kenal semasa belajar di Politeknik Ungku Omar lagi dalam jurusan senibina, satu kelas. Tapi Along cuma bertahan 3 semester sahaja lepas tu Along tarik diri dari Politeknik dan terus sambung pengajian di KUIS, Bangi dalam jurusan Islamic Finance. Manakala Hanafi meneruskan pengajian hingga selesai di Politeknik tu.

Hehhehe...gitewlah serba sedikit ceritanya. Berbalik kepada proses merisik ni, sekali lagi syukur kami dapat menghadapinya dengan baik. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga semasa majlis bertunang nanti. Amiiin






 Hokey, kak chaq berhenti di sini dulu ya. Insya Allah kita berjumpa di nukilan yang seterusnya. Adios!